jokisenja header

jokisenja header

Wednesday, December 15, 2010

Azlan beralih tumpuan ke ARRC




Azlan Shah Kamaruzaman (nombor 25) kini menduduki tempat ketiga keseluruhan kelas Supersports 600cc.

SEPANG, Ketinggalan mata jauh daripada dua penunggang Thailand bukan alasan buat Azlan Shah Kamaruzaman untuk patah semangat menjelang pusingan akhir Kejuaraan Motorsikal Asia ARRC 2010 di Litar Losail, Qatar pada 16 Disember ini.
Azlan yang kini berada di tangga ketiga tampak sukar untuk merampas kedudukan Decha Kraisart yang selesa mendahului dengan 158 mata, namun dia masih berpeluang untuk muncul naib juara secara matematiknya.
"Sekarang fokus saya ialah kepada kejuaraan ARRC," kata Azlan bersemangat sebaik sahaja dinobat juara pada MSS yang lalu.
Hanya satu jalan sahaja mampu melonjak atau menghidupkan peluang Azlan iaitu dengan memenangi pusingan terakhir nanti di Qatar.
Kejayaan mempertahankan kejuaraan pada Siri Super Malaysia (MSS) November lalu di Litar Antarabangsa Sepang bakal menjadi motivasi buat penunggang berasal dari Shah Alam ini.
Pencapaian Azlan pada musim 2010 bukanlah dianggap pencapaian membanggakan kerana terlepas merangkul gelaran juara Cubprix kategori CP130 selain gagal memperoleh tiket wildcard di dalam GP Motor Dunia di Sepang pada Oktober lalu.
Namun begitu, segalanya tidak mustahil jika Azlan menerimanya dari sudut positif dan serta-merta memberi fokus sepenuhnya pada aksi terakhir nanti di Qatar.
Azlan kini mengutip 123 mata, ketinggalan 35 mata dari pendahulu iaitu Decha.

No comments:

Post a Comment