jokisenja header

jokisenja header


Thursday, December 2, 2010

Ramdan kuasai carta Cub Prix



Pelumba Mohd. Ramdan Mohd. Rosli bakal menamatkan cabaran sulung CP115 dengan bergaya menjelang pusingan akhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Pulau Pinang nanti.
KUALA LUMPUR- Pelumba Mohd. Ramdan Mohd. Rosli bakal menamatkan cabaran sulung CP115 dengan bergaya menjelang pusingan akhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Walaupun mendahului carta dengan kelebihan 22 mata, pelumba Petronas Sprinta Yamaha AHM itu mahu berjuang habis-habisan dan tidak akan mensia-siakan saingan itu.
Meskipun sekadar menamatkan cabaran di tempat ke-12, dia masih lagi berpeluang untuk merangkul mahkota juara musim ini.
Kini Ramdan telah mengumpul 162 mata diikuti pencabar utamanya, Mohd. Rozaiman Mohd. Said (Motul Yamaha YY Pang) yang mengumpul 140 mata.
Sementara itu, dua pelumba, Mohd. Adli Salihin daripada Motul Yamaha YY Pang dan Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) bakal bersaing untuk merebut kedudukan tiga pelumba teratas apabila mereka terikat di tempat ketiga dengan 118 mata.

No comments:

Post a Comment