jokisenja header

jokisenja header

Friday, March 18, 2011

Prestasi konsisten sasaran Fahmi



Penunggang SIC-AirAsia, Md Zulfahmi Khairuddin berhadapan halangan besar selepas mengalami kemalangan semasa sesi kelayakan GP Motor Dunia kelas 125cc di Litar Phillip Island pada 16 Oktober 2010.

SEPANG, (D5) - Berbekalkan semangat dan keyakinan yang lebih tinggi, pelumba negara Muhammad Zulfahmi  Khairuddin berazam mempamerkan prestasi yang lebih konsisten musim ini.
Disamping itu, Fahmi memilih untuk tidak  meletakkan sebarang sasaran spesifik  tentang pencapaian keseluruhan dalam saingan Kejuaraan Dunia  MotoGP 125 tahun 2011 ini.
“Keutamaan saya musim ini adalah konsistensi. Dan, saya percaya mampu melakukannya berdasarkan kepada  pencapaian saya sepanjang tiga sesi ujian rasmi tahun ini. Tetapi, sesi itu juga menunjukkan kepada  saya bahawa saingan 2011 ini adalah jauh lebih sengit dan pertarungan yang lebih mencabar.
“Bukan saja, akan terdapat beberapa pelumba Moto2 yang turun kelas ke 125 musim ini; tetapi juga  kemasukan begitu ramai juara dan jaguh-jaguh daripada Kejuaraan Sepanyol … mereka ini mungkin lebih  muda daripada saya; tetapi dari segi jumlah ‘mileage’ perlumbaan, mereka lebih jauh lebih banyak  daripada saya.
“Kerana itu, saya rasa adalah lebih baik untuk saya menggunakan pendekatan perlumbaan demi  perlumbaan; daripada untuk menyatakan hari ini secara senang; sasaran untuk mencapai ‘Top 15’ ataupun  ‘Top 10’; mahupun ‘Top 5’ hanya kerana itu yang para peminat mahu dengar.
“Saya lebih suka bersikap realistik; tanpa memberikan harapan menggunung yang mungkin sukar untuk  kita capai. Kita tengok dulu perlumbaan pertama dan beberapa perlumbaan lagi,” kata pelumba berusia  pasukan AirAsia SIC AJO Racing, yang akan memulakan saingan musim kedua dalam kejuaraan dunia itu  tahun ini.
Musim 2011, yang akan berlangsung dalam 17 pusingan untuk saingan kelas 125, bakal bermula di Doha  dengan Grand Prix Qatar pada hujung minggu ini. Malaysia akan menganjurkan saingan kedua terakhir di  Litar Sepang daripada 21 hingga 23 Oktober sebelum pertarungan penutup musim di Valencia pada 6  November. 
Berasal dari Kampung Bukit Canggang, Banting dan kini berusia 19 tahun, cabaran Zulfahmi musim ini  akan disokong oleh pasukan AJO Motorsports – juara dunia kelas 125 musim lepas bersama-sama dengan  penunggang remaja sensasi Sepanyol Marc Marques, yang akan bersaing dalam kelas Moto2 musim ini.

No comments:

Post a Comment