jokisenja header

jokisenja header


Sunday, March 20, 2011

Kangar dinanti penuh debaran



BANDAR Kangar akan menjadi venue perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 pada hujung minggu ini.                                                                                                     

DEBARAN kini dapat dirasakan para pelumba dan pasukan yang bertanding apabila tinggal hanya enam hari lagi sebelum bermulanya pusingan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 di Kangar, Perlis pada 26 hingga 27 Mac ini.

Pusingan pertama musim 2011 ini dijangka menarik kerana ia menandakan kepulangan Perlis selaku tuan-rumah selepas ia tidak disenaraikan dalam kalendar perlumbaan musim lalu.
Tambahan lagi, saingan hujung minggu ini merupakan kali pertama Kangar memainkan peranan sebagai hos pembuka tirai musim sepanjang 12 tahun bergelar venue Cub Prix.
Lebih menarik lagi, litar sepanjang 940.8 meter ini sering kali dianggap sebagai salah satu litar teknikal dan pelumba terakhir mendominasi trek ini merupakan Ahmad Fuad Baharudin (Yamaha Maju Motor Racing).
Pelumba veteran itu muncul juara dalam saingan Expert 2009. Sementara itu, juara CP130 2010, Hafizh Syahrin Abdullah turut cemerlang dan bergelar juara keseluruhan kategori Novis di sini pada tahun yang sama.
Walau bagaimanapun, pemegang rekod masa terpantas merupakan Ahmad Fazli Sham (gambar kecil). Pelumba yang pernah memenangi mahkota Ex- pert sebanyak dua kali ini mencatatkan masa pusingan terpantas 23.242 saat dengan purata kelajuan, 76.196 kilometer sejam di atas litar yang dibina dengan tujuh selekoh.
Fazli yang baru sahaja beralih ke pasukan baru, Pennzoil Fastrac bersama adiknya, Ahmad Fazrul Sham gembira pihak penganjur memutuskan untuk membawa masuk semula Kangar di dalam senarai venue musim ini.
"Musim lalu Cub Prix kurang lengkap tanpa kehadiran Kangar dan saya cukup bersemangat apabila penganjur mengumumkan daerah ini bakal muncul selaku hos pembuka tirai musim ini.
"Ia pasti menarik dengan kehadiran lebih banyak pasukan dan tambahan lagi tiada siapa tahu momentum mahupun kekuatan lawan," ujar Fazli.
Apabila ditanya sama ada para pelumba akan menghadapi masalah sele- pas setahun tidak beraksi di Kangar, Fazli menjelaskan: "Pelumba senior sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi cabaran baru dan kepulangan kontinjen Cub Prix ke Kangar bukanlah masalah besar bagi kami."
Anak kelahiran Taiping, Perak itu juga tidak kedekut untuk berkongsi tips dengan pelumba-pelumba baru.
"Sebagai pelumba baru, mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana ini hanyalah pusingan pertama mereka.
"Sebaliknya mereka perlu membiasa- kan diri dengan trek ini lebih dulu dan memahami laluan, selekoh dan juga pesaing. Hanya dengan cara ini, pelumba baru boleh mencipta strategi untuk menawan podium," jelas Fazli.

No comments:

Post a Comment