jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, March 22, 2011

Musim 2011 Cub Prix tarik banyak pasukan




Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 akan membuka tirai perlumbaan pada 26 Mac ini di Kangar, Perlis. Gambar arkib

KUALA LUMPUR - Tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan bermula pada 26  Mac ini di Kangar menyaksikan pertambahan penyertaan pasukan berbanding tahun lepas.
Sabanyak 27 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kategori CP130, CP115 dan Wira berbanding  hanya 21 pasukan tahun lalu, sekaligus bakal menjanjikan saingan lebih kompetitif.
Seramai 83 pelumba gabungan muka baru dan lama akan beraksi pada perlumbaan pembuka tirai di Kangar,  Perlis pada 26 dan 27 Mac ini.
Jumlah ini tidak termasuk penyertaan peserta persendirian, perlumbaan one make race Yamaha dan Honda  yang dijangka turut akan meningkat pada tahun ini.
"Pada ketika ini kami berada di landasan yang tepat," ujar Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd  (SAM), Ron Hogg.
Pada musim tahun lalu, Kejuaraan Cub Prix berjaya menjelmakan juara muda pelumba berusia 16 tahun,  Hafizh Syahrin Abdullah (CP130), Mohd Ramdan Mohd Rosli, 14, (CP115) dan Mohd Adib Rosley, 16 (Wira).
Perkembangan positif tahun ini dijangka akan memberi nafas baru buat siri perlumbaan dua roda utama  negara ini dan akan membantu mengetengahkan pelumba ini untuk pergi lebih jauh.
Selain itu, para penunggang yang berbakat juga berpeluang untuk pergi lebih jauh jika terpilih untuk  beraksi di dalam Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC).
Saingan musim ini akan bermula di Kangar dan akan berakhir pada pusingan ke-10 di Pulau Pinang  (Disember).

No comments:

Post a Comment