jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, March 22, 2011

Cub Prix: Amin buat ‘Pusingan U’

AMIN (tengah) memburu gelaran dalam kelas Wira pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011.


KETIKA kebanyakan pelumba memilih untuk beraksi dalam kategori yang lebih tinggi, Mohd. Amin Mohd. Azahar pula ada cara berbeza bagi mengharungi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011.
Selepas bersaing dalam kelas CP115 musim lalu, Amin memutus- kan untuk bersaing dalam kategori Wira pada perlumbaan musim ini yang akan membuka tirainya di Stadium Utama Kangar, Perlis bermula 26 hingga 27 Mac ini.
Pelumba berusia 17 tahun itu per- caya dia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merebut kedudu- kan juara dalam kategori Wira berbanding menghadapi saingan yang cukup sengit.
“Kembali ke kelas Wira mungkin bukan pilihan yang menjadi kebia- saan para pelumba, namun setelah berfikir panjang, saya rasa ini adalah pilihan terbaik buat saya.
“Pertamanya kerana saya belum pernah memenangi sebarang gela- ran dan ini merupakan peluang terakhir untuk saya berlumba dalam kelas ini memandangkan saya akan genap 17 tahun pada 25 April ini,” jelas Amin.
Mengulas mengenai pencapaiannya musim lalu, Amin menambah: “Nasib tidak begitu menyebelahi saya. Segalanya bermula baik apabila saya berjaya menempatkan diri di podium pada perlumbaan pembuka tirai, namun selepas itu segalanya serba tidak menjadi.
“Apabila saingan semakin ke penghujung, barulah keadaan sema- kin baik tetapi sudah terlambat untuk saya mengejar kedudukan keseluruhan.
“Sama juga ketika beraksi dalam kelas CP130, saingan begitu sengit dan lebih memburukkan keadaan, saya menghadapi pelbagai masalah teknikal,” katanya.
Bagi kategori CP115 musim lalu, Amin sekadar menduduki tangga ke-10 keseluruhan manakala penampilannya dalam kategori CP130 turut tidak membuahkan hasil apabila dia gagal mengutip sebarang mata.
Mahu melupakan kegagalan lalu, Amin bertekad untuk menamatkan musim malangnya bersama pasukan baru musim ini, MOS Malaysia Racing.
Dia berpendapat, berbekalkan pengalaman beraksi dalam CP130 dan CP115 akan menjadi satu kelebihan buat dirinya untuk berhadapan pelumba-pelumba yang baru menceburkan diri dengan dunia perlumbaan Cub Prix.
Namun, Amin tetap berwaspada kerana juara bertahan, Mohd. Adib Rosley dari pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing masih kekal beraksi dalam kategori Wira.
“Walaupun tidak dapat mencapai keputusan yang memuaskan musim lalu tetapi banyak perkara yang dapat saya pelajari terutama dari- pada pelumba-pelumba senior.
“Saya juga dapat memperbaiki kelemahan seperti kepantasan dan rentak konsisten, saya juga lebih bijak merancang strategi bagi menghadapi sesuatu perlumbaan. Pengalaman itu akan saya gunakan sebaiknya untuk menghadapi saingan musim ini.
“Tetapi walaupun ada kelebihan, kelas Wira tetap mencabar dengan kehadiran Adib. Bukan sahaja dia memenangi kategori ini musim lalu tetapi dia mempunyai banyak pengalaman,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment