jokisenja header

jokisenja header


Friday, March 18, 2011

Lorenzo akui sulit pertahan gelaran



Jorge Lorenzo menganggap jentera Yamaha musim ini kurang mantap. 

DOHA - Jorge Lorenzo melahirkan kebimbangannya untuk menyerlah musim 2011 dalam MotoGP berdasarkan kemampuan jentera Honda yang dilihat lebih menyerlah berbanding Yamaha.

Penunggang berusia 23 tahun itu muncul juara di Sepang dengan baki tiga perlumbaan lagi selain memungut 383 mata untuk mengatasi rekod 373 milik Valentino Rossi.

Lorenzo memberi amaran kepada pasukannya selepas menjalani latihan di litar Losail. 

Dalam ujian itu, penunggang Honda, Casey Stoner menyerlah namun bekas juara dunia 2007 itu enggan mendabik dada sambil menyifatkan ujian dan perlumbaan sebenar adalah berbeza. 

Casey kembali ke pangkuan Honda selepas empat musim bersama Ducati. 

Sementara itu rakan sepasukan Lorenzo, Dani Pedrosa pula kini lebih yakin berikutan berasa lebih cergas berbanding musim sebelum ini.



No comments:

Post a Comment