jokisenja header

jokisenja header

Wednesday, October 13, 2010

TIPS PENJAGAAN MOTOSIKAL YANG BETUL



PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal.
1. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.
2. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Shell yang dicipta khas untuk motosikal.
3. Pastikan juga motosikal anda sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami.
4. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.
5. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian.
6. Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga dua tahun.
7. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.


No comments:

Post a Comment