jokisenja header

jokisenja header

Tuesday, October 19, 2010

CABARAN BARU MENANTI PELUMBA DI PEKAN


Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan sekali lagi menjadi hos kepada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hujung minggu ini. Walaupun ini merupakan kali kedua litar ini menjadi medan perhitungan, para pelumba akan berhadapan cabaran baru kerana trek tersebut telah pun diubah-suai.
 

Antara perubahan yang nyata adalah dari segi panjang track di mana pada asalnya 1,064 meter kini dikurangkan kepada 986 meter. Selain itu, trek ini menghidangkan tiga selekoh 'S', tiga selekoh sebelah kiri dan satu selekoh kanan manakala laluan lurus terpanjang pada 258 meter.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hog berkata sekalipun trek di Pekan berubah wajah, ia pasti memberi cabaran baru buat para pelumba.

"Trek di Pekan telah dimajukan baru-baru ini dan ia lebih sesuai untuk mengadakan perlumbaan Cub Prix kerana permukaan litar ini jauh lebih baik dari tahun lalu. Ini merupakan langkah bijak dari pihak terlibat dan saya pasti kontinjen Cub Prix akan menyukai perubahan  ini," jelas Ron.

"Walaupun baru, trek Pekan bagaimanapun masih memiliki ciri-ciri teknikal dan bagi menawannya, ia bergantung kepada tahap kecergasan pelumba itu sendiri. Selain menuntut kemahiran tinggi pelumba di setiap selekoh, tahap kesabaran yang tinggi patut diadun dalam usaha menguasai trek ini," ujar Ron.

"Saya menjangkakan perlumbaan ini pasti sengit dan menarik. Ini kerana dengan baki tiga pusingan lagi, peluang untuk merangkul juara masih terbuka bagi semua kategori yang dipertandingkan (CP130, CP115, Wira dan dua pelumbaan sokongan, Cabaran Honda icon serta Cabaran Yamaha 135LC)."

"Perbezaan 24 mata yang dimiliki pendahulu keseluruhan Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) ke atas Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) dan Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) bermakna cabaran di Pekan  menjanjikan pertarungan sengit bagi para pelumba kelas CP130.

"Kesemua para pelumba akan memastikan mereka memungut seberapa banyak mata dan andai kata mereka tidak menggunakan sepenuhnya peluang di Pekan, besar kemungkinan sudah terlewat untuk mereka mengejar pencabar lain pada baki dua perlumbaan selepas ini," tambah Ron.

 

litar pekan

2 comments:

  1. harap rider frm penang..bw balik cup..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Hafizh,Adli & syawalludin kerana berjaya menjadi juara dlm ketogeri masing2..kekalkn prestasi anda di perlumbaan seterusnya..(sepang)

    ReplyDelete