jokisenja header

jokisenja header

Sunday, October 31, 2010

ARRC: ZAMRI KETIGA TERPANTAS DI ZHUHAI 29 Oktober 2010



Md Zamri Baba muncul pelumba terbaik dari Malaysia di dalam sesi kelayakan pertama SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai (ZIC) hari ini.

Ekoran terbabas, pelumba PETRONAS Yamaha Malaysia itu mencatatkan masa, 1:40.148s agak lewat pada lap 17manakala rakan sepasukan Azlan Shah Kamaruzaman muncul tempat kelima terpantas (1:40.280s) dan Ahmad Fuad Baharudin di tempat ketujuh (1:40.826s). Rookie SuperSports 600cc, Hafizh Syahrin Abdullah yang juga terbabas muncul di tempat ke-14 (1:43.077s).




Dalam pada itu, Md Rozaiman Md Said dari pasukan Motul Yamaha YY Pang muncul pelumba Malaysia terbaik di dalam kategori Underbone 115cc.

Bersaing bersama 20 pencabar dari Indonesia dan Thailand, Rozaiman menamatkan sesi kelayakan pertama kelas ini di tempat ke-lapan dengan 2:15.448s diikuti pelumba prospek, Md Ramdan Md Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM KHi dengan catatan 2:15.557s.

Untuk berita lanjut serta keputusan penuh, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan PETRONAS ARRC, www.arrc.com.my

No comments:

Post a Comment