jokisenja header

jokisenja header

Friday, October 29, 2010

Fuad berazam tebus kehampaan di Zhuhai



Ahmad Fuad Baharudin

Ahmad Fuad Baharudin berharap untuk menebus kekecewaan dalam Pusingan 5 PETRONAS ARRC.

KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Ahmad Fuad Baharudin yang beraksi dalam kategori SuperSports 600cc berharap untuk menebus kekecewaan dalam Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China pada 29-31 Oktober ini.
Penunggang veteran telah menempuh musim yang sukar untuk menandingi kehebatan dua lagi rakan dari pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dan Md Zamri Baba, masing-masing telah berjaya naik ke atas podium tiga kali dalam empat pusingan lalu yang telah diadakan di Malaysia, Jepun, Indonesia dan India.
Azlan dan Zamri kini terikat di tempat ketiga dalam senarai pelumba SuperSports 600cc dengan 87 mata manakala Fuad di tempat kesembilan dengan 44 mata.
"Saya berhadapan dengan banyak masalah enjin tahun ini. Saya masih tidak berjaya menyelaraskan jentera Yamaha YZF-R6 saya lalu ia menganggu keyakinan saya.
Jadi saya lebih selesa berhati-hati daripada berlumba bermati-matian. Sekurang-kurangnya saya masih boleh mengutip mata daripada pulang dengan tangan kosong."
"Buat masa ini mekanik pasukan masih bekerja keras untuk mengatasi masalah tersebut dan saya yakin ia akan selesa bila kami sampai di Zhuhai. Kami telah berlumba di situ buat beberapa tahun jadi saya rasa ia bukan masalah buat kami," tambah Fuad lagi.
Fuad bagaimanapun tegas menolak kemungkinan faktor usia yang semakin meningkat sebagai penghalang utama beliau.
"Usia tidak menentukan kehebatan seseorang penunggang. Mungkin saya kurang agresif namun pengalaman menjadi bekalan saya. Begitu juga dengan penunggang muda.
Kadangkala mereka lebih bagus daripada pelumba berpengalaman," ujar Fuad.
Beliau turut memberi contoh bagaimana persaingan di antara Valentino Rossi, 31, dengan Jorge Lorenzo yang hanya berusia 23 tahun sebagai contoh terbaik.

No comments:

Post a Comment