jokisenja header

jokisenja header


Friday, October 15, 2010

PERANAN IBU BAPA DI DALAM CUB PRIX

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju kehidupan anak-anak mereka. Ini termasuk dorongan terhadap karier yang mereka ceburi. Sesetengah ibu bapa mahukan anak-anak mereka berjaya dengan apa yang dicita-citakan sejak kecil dan tidak kurang pula yang memberi kebebasan kepada anak-anak mereka untuk memilih sendiri apa yang mereka impikan. Sesetengah ibu bapa pula memberi kebebasan kepada anak-anak mereka untuk memilih hala tuju yang diingini.

Apa pula pandangan ibu bapa mengenai pembabitan anak-anak mereka dalam sukan pemotoran?



“Saya memang berat hati untuk memberi kebenaran kepada Farah melibatkan diri dalam sukan pemotoran sebab dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Tetapi kami ada persetujuan ketika dia belajar di tahun 6. Jika dia berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR, saya akan merestui impiannya itu. Dia berjaya mendapat keputusan 5A dan saya merestui permintaannya untuk berlumba. Bagaimanapun, saya tetap memberitahunya agar mengimbangi pelajaran dengan perlumbaan. Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan PMR dan saya berharap dia akan mencapai kejayaan cemerlang.”
Nor Aini Hayati
Ibu kepada Farah Melina Ismadi 
 
 

Syabas drpd jokisenja kepada ibu bapa yang amat memahami kehendak anak2 masa kini...Dari di biarkan mereka berlumba secara haram..Lebih baik berlumba di litar yang sememangnya di sediakan untuk berlumba..
Kepada Bro Mohd Bajer - kawan lama jokisenja - Jangan putus asa.Berusaha dengan lebih gigih lagi melatih serta membimbing anak2 tentang sukan Cub Prix.
Insyaallah satu hari nanti mereka akan mengecapi kejayaan..Amin...




“Minat kedua-dua anak saya, Mohd Faris dan Mohd Hafizuel dalam sukan pemotoran bermula dengan aktiviti poket bike. Saya melihat mereka mempunyai minat yang mendalam dalam sukan pemotoran dan saya mendorong mereka untuk menyertai Cub Prix. Saya mahu mereka mengembangkan bakat serta minat mereka dan Cub Prix adalah medan terbaik untuk tujuan itu kerana saya sendiri juga pernah aktif dalam Cub Prix satu ketika dulu. Selain itu, saya juga tidak mahu melihat mereka terlibat dalam perlumbaan haram.”
Mohd Bajer Ismail
Bapa kepada Mohd Hafizuel Mohd Bajer 
 

No comments:

Post a Comment