jokisenja header

jokisenja header


Thursday, October 21, 2010

FAZLI PERLU BERHATI-HATI 22 Oktober 2010

Ahmad Fazli Sham tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan pendahulu miliknya sebaliknya  dia perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap baki perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, bermula dengan Pusingan 8 di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan Pahang, pada hujung minggu ini.Ketika musim kejuaraan semakin dekat melabuhkan tirainya, pengurus pasukan, Yong Yin Hoe, berkata Fazli perlu lebih berhati-hati dalam menyempurnakan kempennya. "Dia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana jurang perbezaan mata agak rapat. Kita sudah melangkah ke fasa terakhir musim yang dilihat amat genting dan kegagalan meraih podium pada dua pusingan sebelum ini iaitu di Teluk Intan (Pusingan 6) dan Melaka (Pusingan 7) menyaksikan pencabarnya, Norizman Ismail dan Hafizh Shahrin Abdullah mendapat peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Fazli," kata Yin Hoe.Ketika ini, Fazli dari Pasukan Shell Advance Yamaha Maju, mengemudi carta kejuaraan apabila mengumpul 127 mata diikuti rapat Norizman (Harian Metro SCK Honda Racing) dengan 110 mata. Tempat ketiga pula dihuni Hafizh dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline yang mengumpul 103 mata.
 Yin Hoe menambah, "Meskipun kami mahu Fazli sentiasa melakukan yang terbaik, tetapi ia tidak bermakna dia perlu mengasak melangkaui kemampuannya. Tindakan keterlaluan pasti mengundang risiko. Contohnya, Fazli terbabas ketika sesi kelayakan di Teluk Intan tetapi nasib baik dia tidak cedera. Jika tidak pasti dia tidak mampu berlumba dalam saingan berikutnya dan menyaksikan dia tersingkir daripada saingan memburu gelaran juara keseluruhan. Buat masa ini adalah lebih bijak dan lebih baik andai kita mengambil pendekatan selamat sehingga gelaran sudah berada dalam genggaman."Ditanya mengapa Fazli gagal menaiki podium pada dua pusingan sebelum ini, Yin Hoe berkata: "Kami tidak dapat menemui pelarasan yang paling jitu bagi jentera Fazli dalam dua perlumbaan sebelum ini. Kami pasti andai Fazli berusaha lebih keras pasti dia mampu menaiki podium tetapi kami mengambil pendekatan berhati-hati dengan memastikan dia menamatkan perlumbaan dan mengumpul sebanyak mana mata yang boleh.""Bagaimanapun pada minggu ini, kami akan cuba menangani segala isu berkaitan jentera. Memadangkan Fazli yang mempunyai corak tunggangan agresif dengan pelarasan yang efisyen, memudahkan proses memburu podium tanpa mengambil risiko besar. Cuma kini kami berharap, dia lebih berhati-hati di litar," katanya.

No comments:

Post a Comment