jokisenja header

jokisenja header


Sunday, October 31, 2010

ARRC: ZAMRI MULAKAN CABARAN SS600 DARI BARIS HADAPAN 30 Oktober 2010


Moto2 wildcard, Md Zamri Baba akan memulakan cabaran SuperSports 600cc besok dari baris hadapan di Litar Antarabangsa Zhuhai (ZIC)- hos Pusingan 5 Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC).

Pelumba PETRONAS Yamaha Malaysia itu melayakkan diri untuk grid ketiga berdasarkan catatan masa sesi saringan pertama semalam (1:40.148s) selepas gagal mengurangkan masa lap di sesi kedua hari ini. Bapa berusia 27 tahun itu berkongsi baris tersebut dengan pelumba Thailand, Decha Kraisat dan Chalermpol Polamai serta pelumba Jepun, Toshiyuki Hamaguchi.

Rakan sepasukan, Azlan Shah Kamaruzaman dan Ahmad Fuad Baharudin pula akan memulakan perlumbaan dari baris kedua juga berdasarkan catatan masa semalam dan Hafizh Syahrin Abdullah dari baris ketiga dengan catatan 1:42.084s.




Bagi kategori Underbone 115cc pula, juara bertahan Md Affendi Rosli menunjukkan prestasi memberangsangkan selepas berjaya melayakkan diri untuk memulakan perlumbaan dari baris kedua berdasarkan catatan masa 2:13.757s hari ini.

Md Ramdan Md Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM KHi pula akan memulakan perlumbaan dari baris ketiga di sebelah Md Rozaiman Md Said (Motul Yamaha YY Pang) dan Md Fitri Ashraf Razali (CKJ Motorsports Racing Team).

Untuk berita lanjust serta keputusan penuh, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan PETRONAS 

ARRC, www.arrc.com.my



KEPUTUSAN: Sesi kelayakan ARRC

SuperSports 600cc
1 Decha Kraisat (THA) Petronas Yamaha Thailand 1:39.516s
2 Chalermpol Polamai (THA) Petronas Yamaha Thailand 1:40.026 3 Md Zamri Baba (MAS) Petronas Yamaha Malaysia 1:40.148

Underbone 115cc
1 Fitriansyah Kete (INA) Bikers BRT Racing Indonesia 2:11.378s
2 Rafid Topan Sucipto (INA) CKJ Motorsports Racing 2:11.809
3 Hadi Wijaya (INA) Kawasaki NHK Rextor MTR Manual Tech Racing 2:12.322 




No comments:

Post a Comment