jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, February 1, 2011

Stoner memulakan aksi pertama di Sepang



Penunggang Honda Repsol Racing membuat penampilan pertama semasa sesi ujian pertama GP Motor Dunia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 Februari 2011.
SEPANG, (D5) - Penunggang baru Repsol Honda Racing Casey Stoner akhirnya secara rasmi tampil buat pertama kali pada sesi ujian pertama GP Motor Dunia yang berlangsung hari ini di Litar Antarabangsa Sepang.
Bekas penunggang Ducati tersebut yang baru berhijrah ke Honda pada musim ini bakal berlumba bersama-sama dua lagi rakan sepasukannya iaitu Andrea Dovizioso dan Dani Pedrosa.
"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan untuk berlumba dengan Honda. Malahan penunggang ternama seperti Doohan, Criville dan Okada juga turut bersama dengan pasukan ini," ujar Stoner yang menjadikan lageda Mick Doohan sebagai idolanya.
Stoner yang menunggang jentera RC212V mencatat masa 2 minit 3.754 saat di litar meliputi 5.543 km dibawah cuaca kering dan baik pada pagi tadi.
"Jentera Honda lebih hebat berbanding Ducati kerana saya mudah mengawalnya serta sistem suspensi yang baik juga memudahkan pengendalian," tambah penunggang berasal dari Australia tersebut.
Di samping itu, Stoner juga tidak menolak kemampuan Valentino Rossi yang menggantikan tempatnya bersama Ducati serta menyatakan lagenda dari Itali tersebut bukan calang-calang lawan yang perlu diawasi pada musim ini.

No comments:

Post a Comment