jokisenja header

jokisenja header

Thursday, February 24, 2011

Stoner pecah rekod masa terpantas di Litar Sepang


SEPANG  – Selepas 12 tahun dan menjadi gelanggang perlumbaan MotoGP dan beribu-ribu pusingan dibuat oleh para pelumba, akhirnya rekod terpantas di Litar Sepang berjaya dipecahkan oleh pelumba Australia, Casey Stoner pada sesi ujian kedua musim 2011 di sini hari ini.

Sebelum ini belum pernah ada pelumba yang berjaya mencatatkan masa di bawah dua minit di litar tersebut tetapi Stoner yang mewakili Repsol Honda membuat kejutan apabila mencatatkan masa 1 minit 59.665 saat pada pusingan kedua di litar sepanjang 5.543 Km itu.

Seminit kemudian, rakan sepasukannya, Dani Pedrosa juga mencatat masa di bawah dua minit pada pusingan ketiga walaupun catatan masanya masih di belakang Stoner.

Pelumba Sepanyol itu merakamkan masa 1 minit 59.803 saat untuk menduduki tempat kedua bagi memastikan penguasaan dua tangga teratas milik pasukan Repsol Honda.

Seorang lagi pelumba Honda, Marco Simoncelli daripada pasukan San Carlo Honda Gresini yang merupakan pelumba terpantas pada sesi ujian pertama pada awal Februari lalu berada di tangga ketiga dengan masa 2 minit 0.163 saat.


Pada hari yang turut memperlihatkan juara bertahan, Jorge Lorenzo terjatuh, juara dunia sembilan kali, Valantino Rossi kembali ke atas trek selepas sembuh daripada demam. Dia sekadar menduduki tempat ke-11 terpantas.

Rossi mencatat 2 minit 1.469 saat, hampir menyamai masa yang dilakukan oleh rakan sepasukan barunya dari Ducati Marlboro Racing, Nicky Hayden.

Lorenzo terjatuh pada selekoh keempat, namun pantas kembali bangun bersama jentera Yamaha M1 untuk menuju ke pit. Pelumba Yamaha Factory Racing itu berada di tempat ketujuh. 

No comments:

Post a Comment