jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, February 9, 2011

Pennzoil pasukan baru Cub Prix


MOHD. RUSLAN (tiga dari kiri) menyerahkan cek tajaan kepada wakil Pennzoil Fastrac Racing Team di Shah Alam semalam.




PENGEDAR minyak pelincir jenama terkemuka UMW Pennzoil Malaysia bakal menyertai siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 musim ini.
Penubuhan pasukan baru iaitu Pennzoil Fastrac Racing Team bakal memberikan saingan sengit bagi merebut kejuaraan Cub Prix musim ini.
Sebagai jenama yang sinonim dalam dunia sukan permotoran dan selaku penaja rasmi pasukan, Pennzoil yakin penglibatannya pada perlumbaan itu mampu mengukuhkan pasaran produk.
Ia juga mampu meningkatkan kekuatan jenama di pasaran tempatan, selaras dengan strategi korporat Kumpulan UMW untuk mengembangkan perniagaan minyak pelincir mereka.
“Jenama rangkaian produk minyak motosikal Pennzoil Fastrac akan dijadikan sandaran bagi membuktikan kehebatan produk kami di gelanggang lumba,” kata Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Sdn. Bhd., Mohd. Ruslan Abdul Ghani pada majlis penyerahan tajaan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.
“Sejak tahun 2006, Pennzoil telah melakar nama dalam sejarah sukan pemotoran rali tempatan dan membuktikan kehebatan produk apabila berjaya meraih beberapa kejuaraan.
“Kini tiba masanya untuk membuktikan kehebatan produk kami bagi gelanggang perlumbaan motosikal pula.
“Kami yakin pasukan ini mampu memberikan saingan sengit setanding dengan pasukan lain dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 tahun ini,” kata Mohd. Ruslan.
Pada majlis tersebut, UMW Pennzoil telah mengumumkan barisan pelumba di bawah Pennzoil Fastrac Racing Team yang dibarisi oleh lima penunggang terbaik iaitu dua orang mewakili kategori CP130, bersama tiga penunggang bersekutu bagi kategori Wira.
Antara bintang yang ditampilkan ialah gandingan adik-beradik, Ahmad Fazli Sham Ahmad Walat dan Ahmad Fazrul Sham Ahmad Walat yang masing-masing mempunyai rekod yang memberangsangkan.
Pasukan itu mendapat bimbingan bekas pelumba profesional iaitu Kuan Meng Heng selaku pengurus pasukan.

No comments:

Post a Comment