jokisenja header

jokisenja header

Thursday, February 17, 2011

SEJENAK BERSAMA AZLAN SHAH


Siapa tidak kenal Azlan Shah Kamaruzaman, salah seorang pelumba ternama di peringkat nasional dan antarabangsa. Tahun ini, pelumba berusia 26 tahun ini akan mengambil langkah besar dan berkahwin dengan buah-hatinya. Kami berbicara dengan 'daredevil' ini mengenai rancangannya melangkah ke alam rumah-tangga.


Azlan, baru-baru ini kami terdengar khabar angin anda bakal menamatkan zaman bujang anda. Apa komen anda?

Saya amat teruja sekali! Kalau tidak masakan saya melakukannya. Walau bagaimanapun, saya akur kadang-kala saya rasa tertekan, seolah-olah saya sedang bersiap-sedia untuk berlumba. Semuanya harus 'perfect'. Hahaha

Tahniah! Jadi bagaimana dengan karier anda sebagai seorang pelumba? Adakah anda akan menarik diri dari Kejuaraan yang anda sertai?

Tidak mungkin saya berhenti beraksi! Selagi saya mampu, saya akan terus berlumba di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan juga Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC). Berlumba sudah sebati di dalam darah-daging saya.

Apa pandangan pasangan anda mengenai subjek ini?

Dia bukan seorang peminat 'two wheels motorsports' tetapi lebih cenderung kepada perlumbaan 'four-wheels'. Walaupun berbeza, dia cukup faham betapa dalamnya minat saya pada sukan ini. Dia tidak pernah putus memberikan sokongan dan ini memberikan saya motivasi untuk lebih cemerlang.

Baguslah kalau begitu. Boleh anda ceritakan sedikit bagaimana kamu berdua mula berkenalan?

Kami pertama kali bersua pada penghujung tahun 2009 di Pulau Pinang. Dia datang bersama-sama beberapa kawan untik menyaksikan perlumbaan final Cub Prix. Dari situ kami mula berkenalan dan cinta pun mula berputik! Haha

Baru-baru ini, seluruh dunia menyambut Hari Valentine. Apa pendapat anda mengenainya?

Secara jujur, saya tidak menyambut Hari Valentine. Ini kerana pada pendapat saya, pasangan kekasih ataupun suami-isteri sepatutnya meluahkan isi-hati mereka setiap hari. Bukanlah hanya pada 14 Februari setiap tahun.

Soalan terakhir, adakah anda seorang yang 'jiwang'?

Hmm, boleh dikatakan begitu. Tetapi, ini tidak bermakna saya kurang jantan. Sebaliknya, mencintai seseorang secara terbuka adalah sesuatu yang indah dan hanya 'gentlemen' akan melakukannya. Sampai sekarang saya tidak faham kenapa segelintir kaum lelaki berpendapat percintaan tidak 'cool'.

No comments:

Post a Comment