jokisenja header

jokisenja header

Thursday, February 24, 2011

PUSINGAN ALOR SETAR DITANGGUH





Peminat sukan permotoran negara yang menetap di Alor Setar bakal kecewa apabila pihak promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 mengumumkan tarikh Pusingan 1 yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 12 Mac telah ditangguhkan.

Sebaliknya, pusingan pembuka tirai musim ke-17 Kejuaraan Cub Prix ini akan berlangsung pada 26 hingga 27 Mac. Tarikh baru bagi pusingan di Alor Setar pula akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Selain itu, tiada perubahan pada tarikh serta venue pusingan-pusingan lain.

No comments:

Post a Comment