jokisenja header

jokisenja header


Friday, February 18, 2011

Suhaidi umum persaraan daripada Cub Prix



Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan persaraannya daripada menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

KUALA LUMPUR - Salah seorang pelumba berpengalaman Cub Prix tanah air, Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan dia tidak akan menyertai saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini yang bakal menyingkap tirai di Alor Setar, Kedah awal Mac depan.

Walau bagaimanapun, bekas pelumba pasukan Harian Metro SCK Honda Racing itu yang berkedudukan tempat ke-11 dalam carta keseluruhan kelas CP130 musim lalu tidak akan meninggalkan dunia perlumbaan sepenuhnya. Sebaliknya dia akan mengalihkan tumpuan dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) serta Malaysia Super Series (MSS) musim ini.

“Ya…saya tidak akan beraksi  di arena Cub Prix musim ini untuk memberikan fokus di dalam kelas SuperSports 600cc. Tidak dapat dinafikan saya agak keberatan untuk meninggalkan kejuaraan ini setelah sekian lama terlibat sejak tahun 2002 tetapi perubahan ini mungkin dapat memberi sinar lebih baik buat karier saya," ujar Suhadi ketika dihubungi di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kerja keras dan pengorbanan Suhadi selama sembilan tahun tidak sia-sia ekoran kejayaannya memenangi gelaran juara Expert 2006 ketika usianya baru mencecah 21 tahun.

“Memenangi makhota Expert cukup hebat buat mana-mana pelumba termasuk saya. Ini kerana bersaing dalam kategori perdana cukup sukar apatah lagi terpaksa bersaing dengan ramai pelumba berpengalaman lain. 

“Saya rasa, kejayaan ini sudah memadai buat karier saya. Biarlah saya menukar haluan lain dan meletakkan perlumbaan SuperSports 600cc selaku cabaran baru,” jelas Suhadi yang satu ketika dulu terkenal dengan gelaran Raja Motocross di awal karier pemotorannya. 

Suhadi turut menjelaskan pengundurannya tepat pada masanya kerana saban tahun, lebih ramai bakat muda menyertai Kejuraan ini.

“Setiap tahun semakin ramai pelumba muda menyertai Kejuaraan Cub Prix. Mereka cukup berbakat dan mempunyai potensi besar berbanding saya. Oleh itu, saya berpendapat, pengunduran saya akan membuka peluang buat pelumba-pelumba muda ini melangkah lebih jauh," ujar Suhadi.

Pentas SuperSports 600cc walau bagaimanapun bukan sesuatu yang baru buat Suhadi. Sebaliknya, dia sudah pun menimba pengalaman di dalam kategori itu apabila mewakili pasukan Malaysia di dalam Kejuaraan ARRC dari tahun 2002 hingga 2004.

Sejak itu, Suhadi sering dilihat bersaing di dalam MSS. Hanya musim lalu dia beraksi sepenuh musim di atas jentera Honda di mana dia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

No comments:

Post a Comment