jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, August 3, 2011

GP Jepun tetap dianjurkan


Pelumba Sepanyol dari Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo (kiri) dan pelumba Repsol Honda, Casey Stoner (tengah) ketika perlumbaan Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring, Jerman pada 17 July 2011.

PARIS - Kejohanan Grand Prix Motorsikal Jepun akan berlangsung seperti yang dirancang iaitu pada 2 Oktober selepas ia disahkan oleh Persekutuan Motorsikal Antarabangsa (FIM).
Keputusan itu dibuat selepas mengetepikan dakwaan perlumbaan di Litar Motegi Twin Ring itu mendatangkan risiko daripada pencemaran radiasi janakuasa Fukushima akibat bencana Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun Mac lalu.
FIM dalam laporan rasminya mengakui pencemaran radiasi telah memasuki kawasan trek Twin Ring Motegi, namun pihaknya berkata tahap radiasi masih dianggap normal.
Pendahulu kedudukan pelumba, Casey Stoner sebelum ini berkata dia tidak akan menyertai perlumbaan tersebut kerana khuatir dengan risiko pencemaran radiasi.
"Saya tidak akan pergi. Itu adalah keputusan saya," katanya ketika perlumbaan GP Jerman di Litar Sachsenring.
Juara bertahan Jorge Lorenzo turut mengambil langkah yang sama, namun ia bergantung kepada laporan FIM.

No comments:

Post a Comment