jokisenja header

jokisenja header


Friday, August 5, 2011

ARRC: SAINGAN SENGIT MENANTI PELUMBA SS600 MALAYSIA DI CHENNAI




Selepas dua pusingan, Trek Lumba Motor Madras, Chennai akan menjadi gelanggang berlangsungnya pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS hujung minggu ini dan cabaran sengit bakal menanti pelumba-pelumba Malaysia yang beraksi di dalam kategori SuperSports 600cc.

Pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia akan diwakili oleh  Mohd Zamri Baba, Mohd Iskandar Raduan dan Mohd Hafieenaz Mohd Ali manakala Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Suhadi Ali Rahmat akan membawa cabaran Boon Siew Honda Racing Malaysian. Hafizh Syahrin Abdullah pula bersama pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline dan Ahmad Fuad Baharudin beraksi di bawah nama pasukan Bike ART Kawasaki Racing.

Dengan Kejuaraan yang sudah memasuki pertengahan musim, saingan untuk merebut gelaran juara pastinya semakin sengit dan mencabar. Setiap pasukan dan pelumba sudah tentu tidak mahu melakukan sebarang kesilapan selain akan menggunakan segala peluang yang ada untuk berada di kedudukan yang lebih baik dalam senarai keseluruhan.

Setakat ini, Fujiwara mendahului senarai pelumba-pelumba dengan kutipan 100 mata manakala Azlan di kedudukan kedua dengan 72 mata diikuti Doni Tata Pradita ketiga dengan 42 mata. Zamri berada di kedudukan ketujuh dengan 37 mata, Fuad kelapan dengan 31 mata dan Hafizh ke-13, 19 mata.

Peminat-peminat di Malaysia boleh menyaksikan perlumbaan secara langsung di Astro SuperSports (811) dari jam 5 petang hingga 7 petang. Maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan, www.arrc.com.my ataupun menyertai laman Facebook di www.facebook.com/AsiaRoadRacing

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment