jokisenja header

jokisenja header


Friday, August 5, 2011

ARRC: PELUMBA UNDERBONE 115cc BERAKSI DI CHENNAI


Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS kini akan berlangsung di Trek Litar Lumba Madras, Chennai pada 5 hingga 7 Ogos. Kali ini, pelumba-pelumba Malaysia, Indonesia dan Thailand akan bersaing di gelanggang berkecuali dan seramai 10 pelumba Malaysia yang beraksi dalam kategori Underbone CP115 perlu menggunakan peluang ini untuk mengutip mata sebanyak mungkin.

Ketika ini, Shahril Izzuwan Mohd Noor dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM di tangga kedua keseluruhan dengan 58 mata manakala Mohd Rozaiman Mohd Said dari Motul Yamaha YY Pang Racing di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 28 mata. Berada di kedudukan teratas ialah Rafid Topan Sucipto dari Yamaha CKJ TJM Racing dengan 75 mata.

Rakan sepasukan Shahril, Mohd Ramdan Mohd Rosli yang terlepas aksi di Pusingan 1 (Sepang ) dan Pusingan 2 (Indonesia)_akibat kecederaan kaki kini dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk bersama kontinjen Malaysia manakala juara CP130 di Alor Setar, Elly Idzlianizar mendapat tiket wild-card membolehkannya beraksi di India dan akan mewakili pasukan TVS Racing Team.

Senarai berikut merupakan pelumba Malaysia yang akan beraksi di Chennai:

PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM
Shahril Izzuwan Mohd Noor dan Mohd Ramdan Rosli

Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing
Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli

Motul Yamaha YY Pang Racing
Mohd Rozaiman Mohd Said dan Zaidy Mohd Zaifaizal

Yamaha CKJ TJM Racing
Mohd Syawalludin Mohd Zaki
 
TVS Racing Team
Elly Idzlianizar Ilias


Maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan, www.arrc.com.my ataupun menyertai laman Facebook diwww.facebook.com/AsiaRoadRacing

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd


No comments:

Post a Comment