GAGAL menjejakkan kaki di atas podium dalam separuh musim kedua kejuaraan, Zaidy Mohd Zaifaizal optimis mengubah nasibnya pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 12 hingga 13 November ini.
Ketinggalan tujuh mata kepada pendahulu, Shahril Izzuwan Mohd Noor dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM, pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing itu berharap keadaan akan memihak kepadanya selepas menghadapi beberapa masalah teknikal.
“Aksi saya begitu konsisten pada peringkat awal musim dan berjaya mencipta kejayaan secara berterusan di mana menduduki tempat ketiga ketika pusingan pembukaan di Kangar dan meraih kemenangan berturut-turut di Batu Kawan (Pusingan 2) dan Kuala Terengganu (Pusingan 3). Walaubagaimanapun, selepas itu perjalanan saya tidak begitu lancar.
“Berbaki dua pusingan sahaja lagi dengan perlumbaan di litar minggu ini, saya tidak boleh membiarkan gela-ran terlepas begitu sahaja. Sasaran saya menamatkan perlumbaan di atas podium,” kata pelumba 19 tahun itu.
Mengulas mengenai strategi yang akan digunakan, Zaidy memilih untuk bekerja sebagai sebuah pasukan bersama Mohd Rozaiman Mohd Said, Mohd Adli Salihin, Mohd Azhar Abdul Jalil.
“Pada masa ini, kami masih belum membuat sebarang perancangan kerana ia bergantung kepada kedudukan di petak mula nanti. Bagus sekiranya kami semua dapat bermula di kedudukan yang baik,” katanya yang menjangkakan pertarungan sengit dalam perlumbaan itu nanti.

No comments:
Post a Comment