jokisenja header

jokisenja header


Friday, February 18, 2011

Suhaidi umum persaraan daripada Cub Prix



Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan persaraannya daripada menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

KUALA LUMPUR - Salah seorang pelumba berpengalaman Cub Prix tanah air, Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan dia tidak akan menyertai saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini yang bakal menyingkap tirai di Alor Setar, Kedah awal Mac depan.

Walau bagaimanapun, bekas pelumba pasukan Harian Metro SCK Honda Racing itu yang berkedudukan tempat ke-11 dalam carta keseluruhan kelas CP130 musim lalu tidak akan meninggalkan dunia perlumbaan sepenuhnya. Sebaliknya dia akan mengalihkan tumpuan dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) serta Malaysia Super Series (MSS) musim ini.

“Ya…saya tidak akan beraksi  di arena Cub Prix musim ini untuk memberikan fokus di dalam kelas SuperSports 600cc. Tidak dapat dinafikan saya agak keberatan untuk meninggalkan kejuaraan ini setelah sekian lama terlibat sejak tahun 2002 tetapi perubahan ini mungkin dapat memberi sinar lebih baik buat karier saya," ujar Suhadi ketika dihubungi di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kerja keras dan pengorbanan Suhadi selama sembilan tahun tidak sia-sia ekoran kejayaannya memenangi gelaran juara Expert 2006 ketika usianya baru mencecah 21 tahun.

“Memenangi makhota Expert cukup hebat buat mana-mana pelumba termasuk saya. Ini kerana bersaing dalam kategori perdana cukup sukar apatah lagi terpaksa bersaing dengan ramai pelumba berpengalaman lain. 

“Saya rasa, kejayaan ini sudah memadai buat karier saya. Biarlah saya menukar haluan lain dan meletakkan perlumbaan SuperSports 600cc selaku cabaran baru,” jelas Suhadi yang satu ketika dulu terkenal dengan gelaran Raja Motocross di awal karier pemotorannya. 

Suhadi turut menjelaskan pengundurannya tepat pada masanya kerana saban tahun, lebih ramai bakat muda menyertai Kejuraan ini.

“Setiap tahun semakin ramai pelumba muda menyertai Kejuaraan Cub Prix. Mereka cukup berbakat dan mempunyai potensi besar berbanding saya. Oleh itu, saya berpendapat, pengunduran saya akan membuka peluang buat pelumba-pelumba muda ini melangkah lebih jauh," ujar Suhadi.

Pentas SuperSports 600cc walau bagaimanapun bukan sesuatu yang baru buat Suhadi. Sebaliknya, dia sudah pun menimba pengalaman di dalam kategori itu apabila mewakili pasukan Malaysia di dalam Kejuaraan ARRC dari tahun 2002 hingga 2004.

Sejak itu, Suhadi sering dilihat bersaing di dalam MSS. Hanya musim lalu dia beraksi sepenuh musim di atas jentera Honda di mana dia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

Thursday, February 17, 2011

Reka bentuk futuristik Ducati Multistrada 1200


APABILA Kumpulan Syarikat Naza (Naza) membawa masuk motosikal dwiguna keluaran Itali, Ducati Multistrada 1200 pertengahan tahun lalu ke pasaran Malaysia, ia sememangnya menjadi idaman setiap peminat jenama itu yang sinonim dengan jolokan ‘Ferarri dua roda’.
Multistrada merupakan jentera 4 dalam 1 dengan menggabungkan empat gaya tunggangan - sport, sport, touring, urban dan enduro - dengan hanya menekan butang.
Sebagai contoh, mod tunggangan yang boleh diubah secara terus sama ada pilihan prestasi seperti superbike semasa melalui selekoh-selekoh tajam, menikmati perjalanan jauh yang sebenar di lebuh raya di seluruh negara, kawalan yang mudah di dalam kesibukan kota sesuai untuk ke pejabat dan laluan lasak termasuk di laluan-laluan balak seperti di Borneo.
Reka bentuknya yang futuristik mampu menarik perhatian di mana sahaja ia berada.
Dengan kuasa maksimum 150 kuasa kuda (hp) @ 9,250 rpm dan kuasa kilas 118.7 Nm @ 7,500 rpm, ia sememangnya motosikal yang berkuasa pada kelasnya.
Kuasa-kuasa itu datangnya daripada nadinya yang ditala semula dari superbike juara dunia, Ducati 1198 iaitu versi enjin Testastretta 1.2 liter dengan silinder berkembar L, empat injap setiap silinder, Desmodromic dan penyejuk cecair.
Menunggang jentera yang fizikalnya tinggi dan mungkin agak gayat kepada mereka yang kurang selesa dengan ketinggian sememangnya mengujakan kerana anda akan berasa ‘selamat’ di atasnya dengan pemandangan depan yang lebih jelas dan luas.
Dengan roda aloi ringan 10 ruji depan dan belakang bersaiz17 inci, ia menyumbang kepada ketinggian tersebut. Jadi bagi mereka yang ketinggiannya kurang 160 sentimeter, perlu berfikir semula sebelum memiliki jentera tersohor dari Itali ini.
Model ini mula dipertontonkan kepada umum semasa Pameran Motosikal Antarabangsa Milan 2009 memiliki ciri-ciri yang lengkap kepada mereka yang cenderung kepada motosikal dwiguna.
Ride-by-Wire
Mempertaruhkan penggunaan teknologi Ride-by-Wire (RbW) yang merupakan sistem elektronik yang menghubungkan antara twistgrip dan enjin, membolehkan ia menentukan tahap respons kuasa yang mengkagumkan bergantung kepada mod tunggangan yang dipilih selain input pendikit yang ditentukan penunggang.
Nadi Testastretta 1,200cc dengan silinder berkembar L yang amat berkuasa.
Teknologi ini tidak memerlukan kabel pendikit seperti motosikal konvensional yang disambung dengan ‘pintu butterflies’ pada throttle body sebaliknya ia menyalurkan isyarat kepada unit kawalan komputer yang menentukan operasi buka tutup butterflies dengan lebih cekap, pantas dan tepat.
Maka tidak hairanlah dengan dibantu sistem transmisi basah, klac hidraulik pelbagai plat dengan silinder jejari utama, anjakannya amat ketara dapat dirasai bermula pada transmisi dua hingga enam. Ia seolah-olah mampu meluncur tanpa batas di jalan raya walaupun pada transmisi maksimum.
Selain kuasa nadi dan kilas, kawalan tarikan dan pemilihan suspensi mengikut mod juga adalah secara elektronik supaya ia sesuai dengan kehendak penunggang mengikut permukaan jalan raya yang dilalui.
Satu lagi keunikan Multistarada ini ialah penggunaan sistem tanpa kunci bagi menghidupkan enjinnya. Butang penghidup enjin juga unik dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan berbanding motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Suspensi Ohlins
Model 1200S ini didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kekunci (ABS) dan Suspensi Elektronik Ducati oleh Ohlins sebagai kelengkapan standard. Tekanan dan pantulan suspensi Ohlins dikawal sepenuhnya secara elektronik.
Ohlins adalah jenama pengeluar terkenal dalam dunia permotoran berprestasi tinggi yang berpusat di Stockholm, Sweden.
Selain itu model ‘Sport’ ini didatangkan dengan bahagian-bahagian gentian karbon bagi membezakannya dengan model standard.
Harga jualannya kini ialah RM143,000. Dengan harga yang demikian, sememangnya ia boleh dikategorikan sebagai motosikal dwiguna berkuasa tinggi mewah yang mampu membuatkan pemiliknya berpuas hati dengan prestasi dan kelebihan yang ditawarkan.
Naza Bikers Sdn. Bhd. memberitahu, model ini sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan sejak dilancarkan Jun lalu.
Dan sejak ia dipasarkan, lebih 30 buah telah berjaya dijual selain mendapat permintaan semasa ia dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010.

SEJENAK BERSAMA AZLAN SHAH


Siapa tidak kenal Azlan Shah Kamaruzaman, salah seorang pelumba ternama di peringkat nasional dan antarabangsa. Tahun ini, pelumba berusia 26 tahun ini akan mengambil langkah besar dan berkahwin dengan buah-hatinya. Kami berbicara dengan 'daredevil' ini mengenai rancangannya melangkah ke alam rumah-tangga.


Azlan, baru-baru ini kami terdengar khabar angin anda bakal menamatkan zaman bujang anda. Apa komen anda?

Saya amat teruja sekali! Kalau tidak masakan saya melakukannya. Walau bagaimanapun, saya akur kadang-kala saya rasa tertekan, seolah-olah saya sedang bersiap-sedia untuk berlumba. Semuanya harus 'perfect'. Hahaha

Tahniah! Jadi bagaimana dengan karier anda sebagai seorang pelumba? Adakah anda akan menarik diri dari Kejuaraan yang anda sertai?

Tidak mungkin saya berhenti beraksi! Selagi saya mampu, saya akan terus berlumba di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan juga Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC). Berlumba sudah sebati di dalam darah-daging saya.

Apa pandangan pasangan anda mengenai subjek ini?

Dia bukan seorang peminat 'two wheels motorsports' tetapi lebih cenderung kepada perlumbaan 'four-wheels'. Walaupun berbeza, dia cukup faham betapa dalamnya minat saya pada sukan ini. Dia tidak pernah putus memberikan sokongan dan ini memberikan saya motivasi untuk lebih cemerlang.

Baguslah kalau begitu. Boleh anda ceritakan sedikit bagaimana kamu berdua mula berkenalan?

Kami pertama kali bersua pada penghujung tahun 2009 di Pulau Pinang. Dia datang bersama-sama beberapa kawan untik menyaksikan perlumbaan final Cub Prix. Dari situ kami mula berkenalan dan cinta pun mula berputik! Haha

Baru-baru ini, seluruh dunia menyambut Hari Valentine. Apa pendapat anda mengenainya?

Secara jujur, saya tidak menyambut Hari Valentine. Ini kerana pada pendapat saya, pasangan kekasih ataupun suami-isteri sepatutnya meluahkan isi-hati mereka setiap hari. Bukanlah hanya pada 14 Februari setiap tahun.

Soalan terakhir, adakah anda seorang yang 'jiwang'?

Hmm, boleh dikatakan begitu. Tetapi, ini tidak bermakna saya kurang jantan. Sebaliknya, mencintai seseorang secara terbuka adalah sesuatu yang indah dan hanya 'gentlemen' akan melakukannya. Sampai sekarang saya tidak faham kenapa segelintir kaum lelaki berpendapat percintaan tidak 'cool'.

2010 SEASON REVIEW: WIRA


2010 was a sweet year for Mohd Adib Rosley as he got the better of teammate, Mohd Azhar Abdul Jalil to win the Wira title. We review the defining moments from last season which saw the now 17 years old transform a slow start to a series of podium finishes before being crowned Champion.

Having finished second in 2009 losing to Azhar, Adib kicked off 2010 with high hopes it will be his but things turned out far more complicated than he had anticipated as he could only come in second best in the timed practice and heat behind Azhar in the kick off leg at Alor Setar, Kedah.

However, starting from second did not deter the Motul Yamaha YY Pang rider. Instead it gave him the motivation to push harder. In the final race, Adib stole the lead from poleman and led for seven laps before mechanical difficulties forced him to retire abruptly in the seventh lap. 

With Adib out of the race, the battle shifted focus on Azhar and Zulsyafiz. But luck ran out of the latter following a crash in lap 8. With his strongest rivals out for good, Azhar successfully secured his first chequered flag for the season followed by Mohd Syawalludin Mohd Zaki and Mohd Fitri Ashraf Razali second and third respectively.

Bad luck continues to haunt Adib at Kluang, Johor. Despite showing good form in the elements, he failed to realize his podium target following another DNF after two laps into the final race. 

Not just that, technical complications also affected Azhar's Yamaha that weekend towards the end of the race (lap 9). Closest contender, Fitri quickly capitalized on Azhar's trouble to win Round 2 and move top of the standings. Second came in Amirul Hafiq Mohd Azmi and Azhar third.

It was not until Round 3 Adib won his first chequered flag. It was an easy race for him as main contenders, Azhar was slapped with a disqualification after being found guilty of unsportsmanlike conduct forcing Fitri to crash while Hafiq failed to qualify for the final race. To come in second was Ahmad Afif Amran and Syawal.

Competition heats up at the Sepang International Circuit to where Adib was seen struggling fending off Hafiq. Fortunately, experience gave him an advantage over the latter who had only joined the Championship this year. The outcome saw Adib secure another win for the season while Hafiq came in second and Azhar third on the podium.

With two consecutive wins in hand, Adib proceeded to Kuala Terengganu with aims to score a hat-trick and got what he bargained for. A good team strategy with Azhar allowed the Motul Yamaha YY Pang duo to complete Round 5 with a 1-2 position on the podium followed by Fitri in third place. Not just that, this was also the point where Azhar stole the lead from Syawal while Adib moves up second in the overall standings.

While most would be content with a hat-trick, Adib craved for more. He went on to dominate the following two rounds in Teluk Intan, Perak and Malacca before dropping third in Pekan, Pahang. 

Determined to win the Championship, Adib quickly bounced back to his winning ways in the penultimate leg at the Sepang Circuit. It was a joyous occasion as another chequered flag allowed the 16 years old to rightfully claim the Wira title. Azhar on the other hand failed to complete the race following technical difficulties.

Come the grand finale at Padang Kota Lama, Penang, Adib who believes his success is due to great team work chose to help the latter ace the race. Both riders concluded the season with style on the podium with Azhar in first place while Adib second.

SUHADI ALIH TUMPUAN KE SUPERSPORTS 600cc


Dunia Cub Prix tanahair bakal kehilangan seorang pelumba berpengalaman apabila Mohd Suhadi Ali Rahmat mengumumkan dia tidak akan menyertai saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini yang bakal menyingkap tirai di Alor Setar, Kedah awal Mac depan.

Walau bagaimanapun, bekas pelumba pasukan Harian Metro SCK Honda Racing itu yang berkedudukan tempat ke-11 dalam carta keseluruhan kelas CP130 musim lalu tidak akan meninggalkan dunia perlumbaan sepenuhnya. Sebaliknya dia akan mengalihkan tumpuan dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) serta Malaysia Super Series (MSS) musim ini.

"Ya, saya tidak akan beraksi  di arena Cub Prix musim ini untuk memberikan fokus di dalam kelas SuperSports 600cc. Tidak dapat dinafikan saya agak keberatan untuk meninggalkan kejuaraan ini setelah sekian lama terlibat sejak tahun 2002 tetapi perubahan ini mungkin dapat memberi sinar lebih baik buat karier saya," ujar Suhadi ketika dihubungi di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, kerja keras dan pengorbanan Suhadi selama sembilan tahun tidak sia-sia ekoran kejayaannya memenangi gelaran juara Expert 2006 ketika usianya baru mencecah 21 tahun.

"Memenangi makhota Expert cukup hebat buat mana-mana pelumba termasuk saya. Ini kerana bersaing dalam kategori perdana cukup sukar apatah lagi terpaksa bersaing dengan ramai pelumba berpengalaman lain. 

"Saya rasa, kejayaan ini sudah memadai buat karier saya. Biarlah saya menukar haluan lain dan meletakkan perlumbaan SuperSports 600cc selaku cabaran baru," jelas Suhadi yang satu ketika dulu terkenal dengan gelaran Raja Motocross di awal karier pemotorannya. 

Suhadi turut menjelaskan pengundurannya tepat pada masanya kerana saban tahun, lebih ramai bakat muda menyertai Kejuraan ini.

"Setiap tahun semakin ramai pelumba muda menyertai Kejuaraan Cub Prix. Mereka cukup berbakat dan mempunyai potensi besar berbanding saya. Oleh itu, saya berpendapat, pengunduran saya akan membuka peluang buat pelumba-pelumba muda ini melangkah lebih jauh," ujar Suhadi.

Pentas SuperSports 600cc walau bagaimanapun bukan sesuatu yang baru buat Suhadi. Sebaliknya, dia sudah pun menimba pengalaman di dalam kategori itu apabila mewakili pasukan Malaysia di dalam Kejuaraan ARRC dari tahun 2002 hingga 2004.

Sejak itu, Suhadi sering dilihat bersaing di dalam MSS. Hanya musim lalu dia beraksi sepenuh musim di atas jentera Honda di mana dia berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

POLISI PENDAFTARAN PELUMBA CUB PRIX 2011


Am


Berhubung perkara bagi melancarkan perjalanan siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia, beberapa maklumat lanjut mengenai pelbagai peraturan seperti pendaftaran pelumba telah dikemaskinikan. Keterangan sepenuhnya boleh didapati dalam risalah 'Supplementary Regulations 2011'. Sila beri perhatian bahawa terdapat perubahan seperti mana yang tercatat di bawah:  

1.Yuran Penyertaan

 Kelas Yuran Pendaftaran Yuran Pendaftaran Awal (Sebelum tarikh tutup) Yuran Pendaftaran dengan Transponder sendiri 
 CP130    RM400 RM350 RM200      
 CP115    RM350 RM300 RM150      
 WIRA    RM200 RM150 RM100      
 Persendirian    RM150 RM100 N/A
 Perlumbaan Satu Pengeluar N/A RM50 N/A
  
2.Tarikh Akhir Bagi Pendaftaran Awal


Semua pendaftaran awal akan berakhir pada jam 5 petang setiap hari Isnin pada tarikh perlumbaan seperti berikut :

Setiap penyertaan yang lewat diterima selepas berakhirnya tarikh akhir Pendaftaran Awal, tidak layak menerima diskaun.


3.Proses Dokumentasi Pendaftaran 

Bagi musim 2011, tandatangan para pelumba dan proses dokumentasi akan dilakukan pada waktu seperti berikut:

Pasukan                 Jumaat dari 3.00ptg ke 5.30ptg
Persendirian & 
Pelumba Perlumbaan Satu Pengeluar    Sabtu dari 8.00pagi ke 9.00 pagi

Pelumba Persendirian dan Perlumbaan Satu Pengeluar yang mahu mendaftar pada hari Jumaat boleh berbuat demikian. 

Pasukan yang mendaftar pada hari Sabtu, tidak layak untuk menyertai sesi Ujian Bebas. 

4.Dokumentasi


Bagi proses insurans, borang pendaftaran dan borang ganti rugi WAJIB ditandatangani oleh para pelumba, penjaga (yang layak), pengurus pasukan, mekanik dan krew pasukan. Peraturan ini diwajibkan ke atas SEMUA pelumba, termasuk pada status pasukan atau status persendirian. 

Begitu juga dengan tujuan insurans, SEMUA pelumba perlu memberi salinan Kad Pengenalan pelumba, pengurus pasukan dan krew. 

5.Yuran Decal

Semua pasukan wajib membayar Yuran Decal, termasuk semua pelumba yang termaktub dalam satu nama pasukan, samada bagi jentera yang mempunyai jenama atau sebaliknya.   

6.Lesen Perlumbaan 

Bermula pada musim 2011, penganjur Kejuaraan tidak lagi akan menyimpan lesen perlumbaan untuk para pelumba. Kesemua lesen yang tidak diambil balik selepas tamat hari perlumbaan hanya boleh dituntut dengan menjelaskan pembayaran sebanyak RM50.  

CP130

1.Sesi Ujian Kelayakan CP130 akan berlangsung sebanyak SATU (01) perlumbaan sahaja.
2.Ujian kelayakan bagi CP130 dilakukan merangkumi format seperti berikut:
a.Latihan Bebas
b.Ujian Kelayakan
c.SUPERPOLE
d.Akhir

PERSENDIRIAN

1.Sebanyak DUA (2) kelompok bagi Kelas Persendirian akan diadakan pada setiap pusingan berlangsung- Persendirian A dan Persendirian B.
2.Untuk musim 2011, Skim Insentif bagi Pelumba Persendirian akan dihapuskan bagi Kelas Persendirian dan semua pelumba persendirian dalam kelas lain. 
3.Spesifikasi Teknikal bagi Kelas Persendirian masih kekal sepertimana musim 2010. 
4.Mata bagi kedudukan keseluruhan diwujudkan bagi perlumbaan Kelas Persendirian. Pada hujung musim, 3 pelumba teratas akan menerima anugerah wang tunai seperti berikut:

a.Juara Keseluruhan Persendirian-RM800
b.Tempat ke-2 Keseluruhan- RM500
c.Tempat ke-3 Keseluruhan-RM300

PERLUMBAAN SATU PENGELUAR

1.Yuran pendaftaran bagi sesi penuh adalah sebanyak RM500 WAJIB dibayar sepenuhnya pada Pusingan 1. 

2.Pelumba baru/gantian yang memasuki baki perlumbaan seterusnya akan dikenakan caj yuran penyertaan sebanyak RM150 setiap pusingan. 

3.Tiada bayaran balik akan diberikan bagi pelumba satu pengeluar yang berhasrat menarik diri dalam perlumbaan atau tidak beraksi dalam satu pusingan. 

4.Pelumba yang gagal menyertai satu perlumbaan tanpa sebab munasabah seperti sijil sakit yang diiktiraf semasa minggu perlumbaan akan dikenakan denda sebanyak RM200 sebelum ia dibenarkan menyertai perlumbaan seterusnya.  

PERUBAHAN KHAS DALAM SPESIFIKASI TEKNIKAL

1.Saiz Valve kini adalah 26mm (dari 25mm)- hanya bagi kelas WIRA dan Kelas Persendirian.
2.Klac adalah terbuka (Clutch Plate Housing, jumlah Clutch Drive Plate dan jumlah Clutch Driven Plate)- termaktub kepada semua kelas.
3.Magnet adalah terbuka- hanya bagi kelas WIRA sahaja.
4.Jumlah berat motosikal dan pelumba dengan suit perlumbaan penuh ialah 140kg- termaktub kepada semua kelas.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

SIC lancar kempen derma banjir



Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kini mengadakan promosi 'Early Birds' Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia sehingga 31 Jan 2011.
SEPANG-Menjelang sesi ujian kedua MotoGP dari 22-24 Februari, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) melancarkan kempen derma 'RM 2 atau Lebih' bagi membantu mangsa banjir di Johor baru-baru ini.
SIC menjangkakan akan lebih ramai peminat akan turun untuk menyaksikan sesi ujian kedua ini dan tabung-tabung derma akan diletak dihadapan pintu masuk litar.
"Kami mendapat jumlah kehadiran yang menakjubkan pada awal bulan lalu.
"Selain dapat melihat penunggang-penunggang hebat, para peminat juga boleh menunjukkan sikap prihatin ke atas mangsa banjir di Johor," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato' Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Di samping itu, Razlan juga menyatakan sesi kali ini akan lebih menarik dengan kehadiran juara dunia Jorge Lorenzo bersama jentera barunya yang dirasmikan di Sepang nanti.
Sesi ujian pra-musim ini merupakan yang kedua selepas penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli mengejutkan para pemerhati dengan catatan masa terpantas 2 minit 0.757 saat awal bulan lalu.

Friday, February 11, 2011

Motosikal dilelong serendah RM30

KONG MENG (kiri) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian daripada motosikal yang dilelong di IPD Timur Laut, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Serendah RM30. Itulah nilai lelongan sebuah motosikal jenis Honda Cub pada acara lelongan awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini semalam.
Motosikal itu adalah sebahagian daripada 118 buah kenderaan termasuk kereta yang merupakan barang kes dan barang yang tidak dituntut pemilik.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejumlah RM11,830 berjaya dikutip dalam acara lelongan tersebut.
Katanya, ia meliputi 111 buah motosikal dengan nilai jualan RM9,180, enam kereta (RM2,290) dan sebuah van (RM360) yang kebanyakannya disimpan sejak tiga tahun lalu.
“Nilai lelongan tertinggi ialah kereta Nissan Cefiro pada harga RM710,” katanya.
Menurutnya, selain jenama Honda, motosikal yang turut dilelong ialah Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan Modenas manakala kereta pula model Nissan Cefiro, Volvo dan Honda Accord.

Ramdan sasar kuasai kategori CP130




Pelumba Mohd. Ramdan Mohd. Rosli mahu mempamerkan aksi terbaik meskipun pertama kali beraksi di dalam kategori CP130 pada musim 2011 kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas. Gambar arkib

KUALA LUMPUR-Disebalik usia mudanya, peningkatan yang dipamerkan pelumba muda negara, Ramdan Rosli dalam sukan permotoran cukup memberangsangkan.
Kehebatan Ramdan di peringkat kebangsaan memberikan keyakinan kepada pengurus pasukannya untuk terus melebarkan bakatnya ke peringkat antarabangsa.
Ramdan yang bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini tidak menjadikan ia sebagai penghalang sebaliknya anak muda ini berazam untuk terus melebarkan pengalaman dan bakatnya dalam sukan permotoran.
Malah pengurus pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM, Kenny Chua menjelaskan beberapa perancangan telah dirangka khas untuk anak muda kelahiran Klang ini.
"Saya berharap untuk melakukan yang terbaik di dalam kategori baru yang akan saya bertanding. Ia pasti cabaran yang hebat.
"Namun, saya yakin dengan usaha dan strategi krew pasukan mampu membawa kami lebih jauh," ujar Ramdan.
Nama Ramdan melonjak selepas meraih kejuaraan kategori CP115 di Kejohanan Petronas AAM Malaysia Cup Prix.
Namun tahun ini, Ramdan tidak akan mempertahankan kejuaraannya bagi kategori CP115 sebaliknya akan berlumba untuk kategori CP130 yang akan bermula Mac ini.
Setakat ini, Ramdan sudah memenangi dua kejuaraan iaitu Cub Prix Malaysia Kategori CP115 tahun lalu serta juara cabaran 135LC Kejohanan Cub Prix Malaysia 2009.

Thursday, February 10, 2011

Motosikal hibrid di pasaran Mac


AUBREY O'HARA (dari kiri), Rajesh dan Mohd. Yahya Nordin menunggang motosikal hibrid di Dengkil semalam


DENGKIL - Hybrid Scooters Sdn. Bhd. (Hybrid Scooters) bakal memperkenalkan dua model motosikal hibrid yang pertama di negara menjelang bulan Mac ini.
Hybrid Scooter merupakan anak syarikat Revolution Manufacturing Sdn. Bhd. (Revolution Manufacturing) yang terlibat dalam pengeluaran basikal elektrik, kerusi roda elektrik dan kereta buggyelektrik.
Dua model tersebut iaitu GW800HB yang mempunyai kapasiti 80cc dan GW500HB dengan 50cc dijana dengan dua jenis sumber tenaga iaitu petrol dan bateri.
Bagi model GW800HB, ia dijangka ditawarkan di antara RM7,200 sehingga RM7,800 seunit manakala GW500HB ditawarkan di antara RM6,800 sehingga RM7,200 sebuah.
Pengerusi Hybrid Scooters, Datuk Dr. Mohd. Yahya Nordin berkata, pihaknya optimis model motosikal hibrid tersebut akan menerima sambutan menggalakkan di negara ini.

Wednesday, February 9, 2011

PELUANG LEBIH LUAS BUAT PELUMBA PERSENDIRIAN DALAM CUB PRIX 2011




Menjelang musim 2011 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung bulan hadapan, pihak penganjur, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengumumkan dua sesi saringan akan diperkenalkan di dalam kelas Persendirian.

Selari dengan kategori-kategori utama, CP130, CP115 dan Wira- Pengarah Promosi SAM, Ron Hog menjelaskan penambahan sesi saringan tersebut disifatkan wajar memandangkan jumlah pelumba yang menyertai kelas ini semakin meningkat. 

Dalam pada itu, pihak penganjur juga berharap ia akan membuka peluang lebih luas kepada pihak-pihak yang mempunyai sumber kewangan terhad menimba pengalaman beraksi di dalam Cub Prix.

"Sejak kelas Persendirian ini diperkenalkan pada tahun 2009, kami telah menerima pelbagai maklum balas positif. Bukan itu sahaja, bilangan peserta turut meningkat dengan konsisten sepanjang dua tahun ini.

"Sambutan luar biasa ini membuktikan bahawa terdapat ramai individu di luar sana yang berminat menyertai Cub Prix dan bagi menampung bilangan pelumba yang bakal meningkat ini, kami telah memutuskan untuk membuka dua sesi saringan dan memberi peluang kepada mereka untuk memperagakan bakat berlumba masing-masing di dalam saingan adil pada kos rendah," ujar Ron.

Sebelum ini, grid Persendirian hanya mempunyai satu sesi saringan sahaja, terbuka kepada 24 pelumba tetapi dengan perubahan baru ini, dijangka seramai 48 pelumba akan bersaing bagi mendapatkan tempat di atas grid final.

Walau bagaimanapun, Ron menegaskan bilangan penyertaan tetap terhad dan ia bergantung di atas faktor 'siapa cepat, dia dapat'. Selain itu, yuran pendaftaran bagi kelas ini juga telah dinaikkan ke RM100 berbanding tahun lalu di mana ia ditetapkan pada RM50.
 
Dalam pada itu, Ron turut mendedahkan kemungkinan pihak penganjur akan memperkenalkan format kedudukan keseluruhan bagi kelas ini.

"Walaupun masih dalam proses perbincangan, kami bercadang menyediakan kedudukan keseluruhan bagi kelas Persendirian seperti mana dalam kelas CP130, CP115, Wira dan perlumbaan satu pengeluar dengan harapan ia mampu memberi motivasi buat para pelumba supaya tidak mengambil ringan kelas ini." 

Ketika mengulas mengenai masa depan kategori tersebut yang kini bakal memasuki musim ketiga, Ron menjelaskan, "Saingan kelas Persendirian mempunyai masa depan yang cerah dan ia akan terus berlangsung pada musim-musim akan datang. 

"Ia bukan sekadar memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik atau gagal menyertai cabaran kelas Wira disebabkan faktor umur, namun pentas ini secara tidak langsung membuka peluang kepada pasukan sediada untuk mencari bakat baru. Selain itu, ia turut memberi peminat sukan pemotoran tanahair dan peminat yang tinggal berhampiran venue perlumbaan untuk mencuba nasib mereka di atas litar," jelas Ron.    

Pennzoil pasukan baru Cub Prix


MOHD. RUSLAN (tiga dari kiri) menyerahkan cek tajaan kepada wakil Pennzoil Fastrac Racing Team di Shah Alam semalam.




PENGEDAR minyak pelincir jenama terkemuka UMW Pennzoil Malaysia bakal menyertai siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 musim ini.
Penubuhan pasukan baru iaitu Pennzoil Fastrac Racing Team bakal memberikan saingan sengit bagi merebut kejuaraan Cub Prix musim ini.
Sebagai jenama yang sinonim dalam dunia sukan permotoran dan selaku penaja rasmi pasukan, Pennzoil yakin penglibatannya pada perlumbaan itu mampu mengukuhkan pasaran produk.
Ia juga mampu meningkatkan kekuatan jenama di pasaran tempatan, selaras dengan strategi korporat Kumpulan UMW untuk mengembangkan perniagaan minyak pelincir mereka.
“Jenama rangkaian produk minyak motosikal Pennzoil Fastrac akan dijadikan sandaran bagi membuktikan kehebatan produk kami di gelanggang lumba,” kata Pengurus Besar UMW Pennzoil Distributors Sdn. Bhd., Mohd. Ruslan Abdul Ghani pada majlis penyerahan tajaan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.
“Sejak tahun 2006, Pennzoil telah melakar nama dalam sejarah sukan pemotoran rali tempatan dan membuktikan kehebatan produk apabila berjaya meraih beberapa kejuaraan.
“Kini tiba masanya untuk membuktikan kehebatan produk kami bagi gelanggang perlumbaan motosikal pula.
“Kami yakin pasukan ini mampu memberikan saingan sengit setanding dengan pasukan lain dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas 2011 tahun ini,” kata Mohd. Ruslan.
Pada majlis tersebut, UMW Pennzoil telah mengumumkan barisan pelumba di bawah Pennzoil Fastrac Racing Team yang dibarisi oleh lima penunggang terbaik iaitu dua orang mewakili kategori CP130, bersama tiga penunggang bersekutu bagi kategori Wira.
Antara bintang yang ditampilkan ialah gandingan adik-beradik, Ahmad Fazli Sham Ahmad Walat dan Ahmad Fazrul Sham Ahmad Walat yang masing-masing mempunyai rekod yang memberangsangkan.
Pasukan itu mendapat bimbingan bekas pelumba profesional iaitu Kuan Meng Heng selaku pengurus pasukan.

Tuesday, February 1, 2011

Stoner memulakan aksi pertama di Sepang



Penunggang Honda Repsol Racing membuat penampilan pertama semasa sesi ujian pertama GP Motor Dunia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 Februari 2011.
SEPANG, (D5) - Penunggang baru Repsol Honda Racing Casey Stoner akhirnya secara rasmi tampil buat pertama kali pada sesi ujian pertama GP Motor Dunia yang berlangsung hari ini di Litar Antarabangsa Sepang.
Bekas penunggang Ducati tersebut yang baru berhijrah ke Honda pada musim ini bakal berlumba bersama-sama dua lagi rakan sepasukannya iaitu Andrea Dovizioso dan Dani Pedrosa.
"Ia seperti mimpi menjadi kenyataan untuk berlumba dengan Honda. Malahan penunggang ternama seperti Doohan, Criville dan Okada juga turut bersama dengan pasukan ini," ujar Stoner yang menjadikan lageda Mick Doohan sebagai idolanya.
Stoner yang menunggang jentera RC212V mencatat masa 2 minit 3.754 saat di litar meliputi 5.543 km dibawah cuaca kering dan baik pada pagi tadi.
"Jentera Honda lebih hebat berbanding Ducati kerana saya mudah mengawalnya serta sistem suspensi yang baik juga memudahkan pengendalian," tambah penunggang berasal dari Australia tersebut.
Di samping itu, Stoner juga tidak menolak kemampuan Valentino Rossi yang menggantikan tempatnya bersama Ducati serta menyatakan lagenda dari Itali tersebut bukan calang-calang lawan yang perlu diawasi pada musim ini.