jokisenja header

jokisenja header


Sunday, January 2, 2011

Rossi bakal berdepan Alonso



Penunggang baru Ducati, Valentino Rossi menyertai perlumbaan ujian dengan motorsikal barunya di litar Ricardo Tormo di Cheste.

KUALA LUMPUR,Peminat sukan permotoran bakal menyaksikan  Valentino Rossi berhitung dengan bekas juara Formula Satu (F1), Fernando Alonso bulan depan dalam pertembungan "Wrooom Ferrari dan Ducatti Press Ski".

Pengurus pasukan Ducati MotoGP, Vittoriano Guareshi berkata, Rossi cukup cergas untuk berlumba dengan Alonso selepas menjalani pembedahan bahu yang menyebabkan penampilannya dalam keraguan. 

Dalam kenyataan kepada Corriere dello Sport, Guareshi pernah menyebut, "Rossi tidak akan meluncur salji dan kecewa disebabkan itu kerana ianya terlalu berisiko buat bahunya."

Tahun ini, aktiviti itu dijangka lebih kompetitif apabila dua bintang permotoran itu yang saling memberi kenyataan pedas terhadap lawan mereka dalam sidang akhbar. 

Acara The Wrooom itu juga akan memperkenalkan jentera MotoGP yang akan digunakan Ducati pada 2011 sementara Rossi akan memberi kenyataannya buat pertama kali mengenai perkara itu sejak menyertai kem Itali itu.


No comments:

Post a Comment