jokisenja header

jokisenja header


Thursday, January 27, 2011

Medan peminat ‘pocket bike’


GEORGETOWN: Kawasan sekitar Jalan Perusahaan Jelutong, berhampiran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, kini menjadi medan saingan kepada lebih 50 pelumba dan peminat motosikal mini atau ‘pocket bike’ yang berhimpun pada setiap hujung minggu.
Ini kerana kawasan letak kereta itu menjadi litar sementara kepada penunggang motosikal kecil itu untuk beraksi, sekali gus dijadikan hobi berfaedah terutama kepada golongan remaja daripada terjebak dengan gejala tidak berfaedah.

Selain mempamerkan aksi dan gaya tersendiri menunggang motosikal, pertemuan itu memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi idea dan pengalaman.
Tinjauan Metroplus mendapati kawasan letak kereta itu menjadi tumpuan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan kehebatan pelumba bersaing sesama sendiri selepas berehat di tepi pantai berdekatan.

Penyelaras perlumbaan, Nazrul Azhar Jalil, 28, berkata dia bersama beberapa rakan menjadikan kawasan itu sebagai litar perlumbaan sementara sejak setahun lalu.

“Sejak itu, sambutan diterima daripada peminat ‘pocket bike’ semakin bertambah dan berikutan itu kami mengambil keputusan untuk berlumba setiap hujung minggu,” katanya.

No comments:

Post a Comment