jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, January 18, 2011

Lorenzo terima layanan lima bintang di Indonesia



Jorge Lorenzo dari pasukan Fiat Yamaha menjerit kepuasan selepas mengesahkan gelaran juara dunia MotoGP buat pertama kalinya selepas mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga di Grand Prix Malaysia, Sepang pada 10 Okt 2010.

JAKARTA, Kehadiran juara dunia, Jorge Lorenzo di Indonesia untuk tujuan promosi serta berehat mendapat sambutan hebat daripada ribuan peminat-peminat beliau.

Pelumba Yamaha itu kini berada di Surabaya setelah berada di Jakarta untuk pelbagai aktiviti promosi, antaranya sidang akhbar yang dihadiri lebih 100 wartawan dan jurugambar di Hotel JW Marriott untuk memperkenalkan model terbaru Yamaha, Jupiter MX.

Lorenzo kemudian dibawa ke Arena DBL buat sesi ramah mesra bersama peminat, di mana kehadiran beliau mendapat sambutan seperti seorang bintang popular daripada lebih 5000 peminat.

Juara dunia yang berasal dari Sepanyol itu akan terbang ke Bali buat satu lagi sidang akhbar serta sesi ramah mesra sebelum berehat selama seminggu di pulau percutian itu sebelum ujian pertama MotoGP di Sepang pada 1 Februari.

"Saya sangat kagum dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat di sini terhadap MotoGP," menurut Lorenzo dalam satu kenyataan.

"Anda semua layan saya seperti bintang rock!

"Saya sangat gembira berada di sini. Terima kasih Indonesia atas layanan anda."

No comments:

Post a Comment