Pelumba-pelumba Malaysia dalam kedua-dua kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc mempamerkan prestasi mengkagumkan pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.
Dalam kategori SuperSports 600cc, kedua-dua pelumba, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) dan Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) bersaing penuh sengit untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa keseluruhan 32:01.259s dan 32:01.673s. Sementara itu Azlan Shah Kamaruzaman dari Boon Siew Honda Racing Malaysia di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 32:23.310s.
Pelumba berusia 28 tahun, Zamri gembira dan berterima kasih kepada pasukannya kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan hanya ketinggalan 0.002s di belakang Katsuki Fujiwara 32:01.257s. "Saya tahu seluruh pasukan telah bekerja keras untuk menyediakan pelarasan terbaik terhadap jentera saya dan saya gembira kerana tidak mengecewakan mereka. Ia satu perlumbaan sengit diantara Fujiwara, Hafizh dan saya namun jika tidak kerana sedikit kesilapan pada Selekoh 9, saya berpeluang untuk memenangi perlumbaan," kata Zamri yang memulakan perlumbaan di petak keenam.
Pada perlumbaan 2, Hafizh begitu mencuri tumpuan apabila dia mendominasi perlumbaan sebanyak 15 pusngan sejak dari awal sehingga ke garisan penamat sekaligus meraih kemenangan pertama pada musim ini. Dia menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32:02.780s manakala Zamri di tempat kedua dengan masa keseluruhan 32:03.929s dan Azlan sekali lagi di tangga kelima (32:25.965s).
Pelumba 17 tahun Hafizh nyata cukup gembira dengan kejayaan pertama dalam kariernya. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan gembira dengan keyjayaan yang dicapai pada penghujung musim ini. Saya juga turut berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja dan juga kaum keluarga di atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya.
Tambahnya lagi, "Perlumbaan 2 ini bukan perlumbaan yang mudah kerana pada beberapa pusingan awal, Zamri dan Fujiwara memberikan saingan sengit kepada saya namun saya berjaya menghalang mereka. Pada Pusingan 5, saya melihat lapboard menunjukkan saya berada 0.5 saat dihadapan mereka dan selepas itu, saya cuma mengekalkan kedudukan saya sehingga ke garisan penamat."
Selepas tamatnya enam pusingan kejuaraan, Azlan Shah Kamaruzaman berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 162 mata diikuti Zamri dengan 147 mata dan Hafizh keempat dengan 135 mata.
Ahmad Fuad Baharudin dari Bike A.R.T. Kawasaki Rasing di tangga ketujuh dengan 79.5 mata manakala rakan sepasukan Azlan, Mohd Emir Firdaus Hasan di tangga ketujuh dengan 30 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi yang hanya mula beraksi sejak Pusingan 5 (China) berjaya memungut 13 mata (Ke-27).
Hafieenaz Mohd Ali dan Mohd Iskandar Raduan berkongsi kedudukan ke-34 dengan 1 mata untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.
Dalam anugerah berpasukan, Manual Tech BEET Kawasaki Racing menduduki tangga teratas dengan catatan 237.5 mata diikuti Boon Siew Honda Racing Malaysia dengan 169 mata, PETRONAS Yamaha Malaysia ketiga dengan 167 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline keempat, 157.5 mata.
Dalam kategori Underbone 115cc, Mohd Affendii Rosli berjaya menempatkan dirinya di tempat ketiga keseluruhan dengan 107 mata selepas muncul di tempat kedua dalam Perlumbaan 1 dan keempat dalam Perlumbaan 2.
Dalam Perlumbaan 1, Affendi yang mewakili pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan tujuh pusingan dengan catatan masa 18:52.449s manakala Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ TJM Racing) mempamerkan aksi memberansangkan untuk muncul tempat ketiga (18:52.500s) dan rakan sepasukannya dari Indonesia, Rafid Topan Sucipto muncul juara dengan 18:52.389s.
"Walaupun sedikit kecewa terlepas gelaran juara, saya cukup berpuas hati untuk menaiki podium. Ini kerana matlamat saya adalah untuk muncul di kedudukan ketiga keseluruhan dan untuk mencapainya saya rasa agak gembira dan teruja."
Perlumbaan 2, Afif sekali lagi mempamer prestasi terbaik apabila menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan masa keseluruhan 18:43.292s. Rafid meraih kemenangan berganda (18:43.254s) dan Hadi Wijaya ketiga (18:43.435s).
Afif, 16 tahun sangat gembira kerana berjaya menamatkan kedua-dua perlumbaan di atas podium pada penampilan pertamnya di litar ini. "Saya gembira kerana strategi saya untuk menggunakan kuasa maksimum pada pusingan terakhir berjaya. Jentera berada dalam keadaan yang cukup baik dan saya berterima kasih kepada semua di atas kejayaan yang di capai di sini," kata Afif yang menamatkan saingan musim ini di tangga kelima dengan 92 mata.
Bagi duo Motul Yamaha YY Pang, Zaidy mohd Zaifaizal menamatkan Perlumbaan 1 di tangga keempat dan Perlumbaan 2 di kedudukan kelima manakala Mohd Rozaiman Mohd Said gagal menamatkan Perlumbaan 1 dan di tempat keenam pada Perlumbaan 2 dengan 89 mata.
Shahril Izzuwan Moh Noor dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM di tangga ketujuh keseluruhan dengan 76 mata manakala rakan sepasukannya, Mohd Ramdan Mohd Rosli di kedudukan kelapan dengan 74 mata. Sementara itu, Zulsyafiz rosli berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ke-10 namun tidak beraksi pada Perlumbaan 2.
Rakan sepasukan Affendi, Norizman di kedudukan ke-10 dengan 69 mata manakala Mohd Amirul Ariff Musa dari Pachie Yuzy Honda Racing di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan 52 mata.
Dalam senarai Anugerah Berpasukan Keseluruhan, pasukan Yamaha CKJ TJM Racing berada di tangga teratas dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM ketiga dengan 156 mata diikuti Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing di kedudukan keempat dengan 139 mata.
Motul Yamaha YY Pang Racing di tangga keenam dengan 89 mata dan Pachie Yuzy Honda Racing di kedudukan ketujuh dengan 72 mata.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) www.arrc.com.my
Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd

No comments:
Post a Comment