Ini merupakan satu berita yang menyedihkan kepada semua peminat-peminat sukan permotoran di seluruh dunia. Penunggang bagi jentera Aprilia dalam kejohananNW200 telah meninggal dunia apabila motosikal dipandunya hilang kawalan dan menyebabkan dia terjatuh dari jenteranya pada pusingan pertama perlumbaan.
Penunggang Mark Buckley yang berasal dari Loch Lomond, Scotland itu disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialaminya. Kami dari pihak Malaysian Riders walaupun tidak mengenali beliau secara peribadi turut merasakan kehilangannya dari arena perlumbaan yang sememangnya merbahaya.
Dia yang dijadualkan akan beraksi dalam kejohanan Isle of Man TT tidak akan menjadi kenyataan dan ini merupakan satu kehilangan kepada kedua-dua kejohanan yang disertainya. Apapun, kami disini sentiasa ingin mengingatkan kepada pembaca kami untuk sentiasa mengambil langkah keselamatan apabila menunggang, tidak kira dimana pun kerana sedangkan penunggang profesional pun boleh kehilangan nyawa apatah lagi kita.
titanium wedding bands for men and women
ReplyDeleteShop titanium wood stoves for titanium wedding bands at T-Mobile Arena in Nevada. We offer titanium stud earrings a selection thaitanium of wedding ridge titanium wallet band wedding titanium necklace bands including wedding bands,