jokisenja header

jokisenja header


Friday, December 10, 2010

YAMAHA ASEAN CUP DI MELAKA 10



BUAT kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah Piala Yamaha Asean � gelanggang yang menghimpunkan pelumba terbaik Yamaha di rantau Asia pada perlumbaan edisi kelapan yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 11 dan 12 Disember ini. 

Temasya yang bermula sejak 2003 menghimpunkan para pelumba terbaik dari Indonesia, Thailand, Filipina, India dan tuan rumah Malaysia akan beradu kekuatan bagi mencari pelumba terbaik Yamaha musim ini. 

Bagi edisi kelapan tahun ini, cabaran bagi kelas Expert dan Novis disertai seramai 38 pelumba dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan satu penyertaan istimewa dari Jepun. 

Pelumba-pelumba yang bakal beraksi di dalam kelas Novis adalah Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM), kedua-dua pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Adib Rosley dan Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR&HTM Motorsports) dan Tengku Amirul Haffiruddin.

Sementara itu, di dalam kelas Expert pula Malaysia akan diwakili pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline, Hafizh Syahrin Abdullah dan Mohd Iskandar Raduan, Shahril Izzuwan Mohd Noor dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing, Mohd Adli Salihin (Motul Yamaha YY Pang) dan Ahmad Abdul Kadir dari Faito Yamaha Boon Kui Racing.

Untuk pengunjung, antara aktiviti sampingan di tapak temasya terbabit ialah demontrasi menunggang ‘Trail’, pertunjukan tunggangan ekstrim, pameran poduk Yamaha, tunggan uji produk Yamaha seperti motosikal elektrik, basikal hydrid dan motosikal terkini serta susut sese bergambar dengan kenderaan ATV dan YZF R6. Kemasukan bagi menyaksikan perlumbaan Piala Yamaha Asean adalah percuma. 

No comments:

Post a Comment