jokisenja header

jokisenja header


Saturday, December 11, 2010

Ramdan yakin menyerlah

Juara kategori CP115 sandaran buru Piala Yamaha Asean 

  RAMDAN   (dari kiri),   Adib   dan   Azhar  bakal  menggalas cabaran    negara bagi kategori Novis.

            RAMDAN (dari kiri), Adib dan Azhar bakal          menggalas cabaran negara bagi kategori Novis.
KEJAYAAN menjuarai kategori keseluruhan CP115 siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010, mencetus inspirasi buat Mohd Ramdan Mohd Rosli pada penampilan kedua perlumbaan Piala Yamaha Asean 2010 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka selama dua hari bermula hari ini.

Di peringkat tempatan, dia memegang rekod selaku penunggang termuda memenangi siri kejuaraan bagi perlumbaan terbuka sementara dalam penampilan sulung Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS musim ini, Ramdan menampilkan impak besar selepas berjaya menduduki podium sebanyak dua kali.


Atas kejayaan yang dikecapi ketika ini, Ramdan memiliki ramuan terbaik untuk mengetuai senarai penunggang negara bagi kategori Novis yang turut menampilkan Mohd Adib Rosley, Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Rozaliman Zakaria dan Tengku Amirul Haffiruddin - mencapai keputusan positif di Melaka. 

Ramdan yang gagal menamatkan perlumbaan 1 dan 2 ketika temasya ini berlangsung di Indonesia tahun lalu berkata, untuk saingan kali ini dia sudah bersedia mencipta kejutan sekali gus membantu kem Malaysia merakam kejayaan. 

“Musim lalu, adalah penampilan pertama dan pengalaman sulung saya bersaing dengan penunggang rantau ini seperti dari Indonesia, Thailand dan Filipina, dan saya sebenarnya belum memahami bentuk cabaran yang dilemparkan pesaing dari luar negara. 

“Namun, selepas pembabitan dan pengalaman sepanjang siri Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS musim ini, kini saya lebih bersedia merobek ego dan memberi cabaran hebat terhadap penunggang luar,” kata penunggang PETRONAS Sprinta Yamaha AHM itu yang baru mencecah usia 14 tahun. 

No comments:

Post a Comment