jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, December 21, 2010

RAMDAN RAIH KEDUDUKAN HADAPAN DI DALAM KELAS UNDERBONE 115CC





Pelumba remaja, Mohd Ramdan Mohd Rosli terus mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan kedua sekaligus mengesahkan kedudukan pole di dalam perlumbaan final Underbone 115cc siri Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), di Litar Antarabangsa Losail, Qatar semalam.

Wakil pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM KHi itu yang muncul pelumba terpantas semalam (2:41.565s) mengurangkan 0.835s untuk mencatat 2:40.730s.

Bersama-sama Ramdan di baris hadapan merupakan pelumba-pelumba kuat Indonesia, Fitriansyah Kete (2:40.916s), M.Reza Fahlevi (2:41.066s) dan Denny Triyugo (2:41.221s).

Sementara itu, Rafid Topan Sucipto, Prawat Yannawut, Mohd Rozaiman Mohd Said dan Gilang Pranata Sukma akan memulakan cabaran akhir dari baris kedua.

Dalam pada itu, Azlan Shah Kamaruzaman dari PETRONAS Yamaha Malaysia muncul pelumba kelima terpantas di dalam kategori SuperSports 600cc selepas mencatat 2:10.406s pada sesi kelayakan kedua. Walau bagaimanapun, dia hanya akan memulakan perlumbaan dari baris kedua manakala rakan sepasukan Mohd Zamri Baba dan Ahmad Fuad Baharudin berdiri di baris ketiga dan Hafizh Syahrin Abdullah di baris keempat.

No comments:

Post a Comment