jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, December 15, 2010

Azlan tetap sasaran realistik pada saingan





SEKALIPUN mahkota SuperSports 600cc masih terbuka, namun pelumba sandaran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman menetapkan sasaran realistik menjelang saingan pusingan terakhir siri Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, 16 hingga 18 Disember ini. 
Azlan mewakili pasukan Petronas Yamaha Malaysia ketika ini menduduki tangga ketiga dengan 123 mata dalam carta keseluruhan manakala pelumba Petronas Yamaha Thailand, Decha Kraisat pula menguasai pendahulu dengan 158 mata diikuti rakan sepasukan, Chalermpol Polamai dengan 126 mata di tempat kedua. 

Sedar peluang muncul juara amat tipis sekali, Azlan tidak mahu berharap terlalu tinggi pada pusingan penutup tirai minggu ini sebaliknya mengalihkan tumpuan tangga kedua keseluruhan. 

“Memang saya berpeluang merebut gelaran juara, namun perlu menerima hakikat peluang saya terlalu tipis. Ini kerana Decha mempunyai kelebihan 35 mata waktu ini dan seandainya saya menjuarai kedua-dua perlumbaan di Qatar pun, dia hanya memerlukan 15 mata untuk membawa pulang trofi juara. 

“Dalam kata lain, dia hanya perlu berada di atas podium samada pada Perlumbaan 1 atau 2. Selain itu, Decha pelumba yang cukup konsisten dengan empat kemenangan dan dua kali tempat kedua,” katanya. 

Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu berjanji memberi cabaran terbaik akan datang. 

“Melainkan, dia tidak bernasib baik dan berdepan dengan masalah jentera atau terbabit dalam insiden pada kedua-dua perlumbaan, ceritanya akan berbeza kelak.: 

“Buat masa ini prestasi saya berada di tahap terbaik dan saya masih berharap untuk menamatkan saingan di atas podium. Pencabar terdekat saya, Chalermpol hanya berkelebihan 3 mata ke atas saya dan saya akan memberi saingan hebat kepadanya dan mencabar kedudukan tempat kedua keseluruhan,” katanya.

No comments:

Post a Comment