PERSAINGAN hebat merebut mahkota SuperSpo rts 600cc antara tiga pelumba, Decha Kraisat, Chalermpol Polamai dan Azlan Shah Kamaruzaman dijangka berlaku pada pusingan terakhir siri Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, Sabtu ini.
Decha, pelumba pasukan Petronas Yamaha Thailand mendahului kedudukan dengan 158 mata diikuti rakan sepasukan dan juara bertahan, Chalermpol di tempat kedua, 126 mata. Azlan Shah dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Malaysia pula berada di tempat ketiga, 123 mata.
Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd selaku promoter kejuaraan, Ron Hogg berkata, perlumbaan dijangka menarik bukan saja kerana ia berlangsung di atas gelanggang asing tetapi akan diadakan pada waktu malam.
“Perlumbaan minggu ini pasti mendebarkan kerana Litar Antarabanga Losail merupakan gelanggang neu tral. Tidak seorangpun daripada tiga pelumba itu mempunyai pengalaman beraksi di Qatar. Selain itu, saingan yang berlangsung pada waktu malam menyajikan cabaran berbeza buat pelumba dan kontinjen. “Lebih menarik, beberapa pelumba berprofil tinggi akan menyertai perlumbaan SuperSports 600cc di Qatar minggu ini. Oleh itu, mereka yang berpotensi muncul juara perlu lebih berhati-hati,” katanya.
Hanya Doni Tata Pridita sahaja pernah beraksi di litar bertaraf dunia sepanjang 5.380 meter itu. “Doni, pelumba solo pasukan Yamaha Indoprom beraksi di litar itu ketika bersaing dalam MotoGP pada musim 2008 dan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2009.” Bagi kategori Underbone 115cc pula, gelaran menjadi rebutan empat pelumba teratas. Denny Triyugo dari Yamaha Top1 FDR menduduki tangga teratas dengan 123 mata dan hanya memiliki kelebihan sembilan mata ke atas rakan senegara, Hadi Wijaya dari Kawasaki NHK Rextor MTR Manual Tech yang berada di tangga kedua dengan 114 mata. Rakan sepasukan Denny, Hokky Krisdianto pula di tangga ketiga, 94 mata manakala Rafid Topan Sucipto (CKJ Motorsprots) di tempat keempat, 93 mata.
Ron yakin saingan kategori itu pasti hebat. “Segala-galanya akan ditentukan pada pusingan akhir ini dan empat pelumba teratas yang berjaya mengumpul mata maksimum berpeluang muncul juara,” katanya.
No comments:
Post a Comment