jokisenja header

jokisenja header


Saturday, December 11, 2010

PENDAFTARAN DIBUKA BUAT PERLUMBAAN HONDA One-Make 2011

TIRAI Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 baru saja dilabuhkan di Pulau Pinang minggu lepas sambil menyaksikan pelumba muda, Mohd Hafizuddin Azahar ditabalkan selaku juara baru Honda icon 2010. Sekalipun, perjalanan untuk menghampiri musim baru 2011 masih jauh, namun saingan Honda one-make race musim depan, kini telah pun dibuka bagi mencari lebih ramai bakat baru di masa depan.   

Perlumbaan Honda One-Make merupakan siri kelima tahun depan dengan Boon Siew Honda Sdn Bhd merupakan penggerak utama perlumbaan ini dalam siri Kejuaraan Cub Prix tanahair. Namun bagi saingan musim depan, sesuatu yang hebat dan besar menanti buat 20 pelumba berpotensi yang terpilih.

Objektif untuk memberi peluang bakat muda dalam dunia perlumbaan di tanahair masih sama namun perlumbaan Honda one-make merupakan langkah terbaik untuk para pelumba memulakan karier permotoran mereka bersama salah satu dari jentera pengeluar terbaik dalam industri motosikal.  

Para pelumba baru tidak sekadar diberi asas seperti sesi latihan namun berpeluang menandatangani kontrak perlumbaan selama semusim dalam saingan Honda one-make. Selain itu, tiga pelumba terbaik dari kedudukan keseluruhan turut memiliki peluang untuk menjadi anggota baru bagi Honda Racing Family musim 2012.

Pengarah/CAE Boon Siew Honda, Tan Hui Jing berkata perlumbaan Honda one-make race merupakan satu-satunya platform yang terbaik untuk memulakan karier perlumbaan sebagai pelumba professional .

“Empat tahun sebelum ini, perlumbaan Honda one-make dijadikan satu pentas untuk mengasah bakat pelumba muda namun mulai musim depan, kami akan membawa sedikit perubahan dengan menawarkan peluang buat tiga pelumba teratas bersama Honda Racing  Teamnamun mereka perlu menjalani beberapa proses sebelum pihak pengurusan Boon Siew Honda membuat keputusan. Kami mahu terus mengasah bakat muda ini dan berharap dalam masa terdekat, kami mampu menjadikan mereka (pelumba muda) ini juara dunia di masa depan,” ujar Hui Jing.

Tambahnya lagi, “Idea ini memberi peluang kepada pelumba yang baru berjinak-jinak memulakan karier perlumbaan mereka. Saya menyeru keluarga yang berminat tampil memberi sokongan terhadap minat anak mereka terhadap karier pemotoran dengan mendaftarkan nama anak mereka pada sesi pemilihan. Terdapat dua sesi pemilihan  dan latihan dilakukan, satu pada awal Januari ini dan satu lagi pada Februari.

Perlumbaan Honda one-make terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia antara 13 hingga 16 tahun yang memegang lesen perlumbaan kelas ‘C’ dari AAM. Bukan itu sahaja namun mereka yang berminat perlu mempunyai ketinggian minimum 140 sentimeter dan mempunyai berat badan minimum dari 40 kilogram sebelum disahkan pendaftaran mereka.

Mereka yang berminat untuk menyertai perlumbaan Honda one-make race bolehlah menghubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd di 03-8733 8787 untuk mendaftarkan nama. Tarikh tutup pendaftaran pada 17 Disember 2010 (Jumaat) dan pengurusan Boon Siew Honda akan menghubungi peserta yang disenaraikan.

2 comments:

  1. alamak..
    dah tutup ke tarok penyertaan..
    hmm..
    x dpt lh bertanya mcm mane nak masok..
    sye berminat sebenar nye..
    ade pengalaman menuggang motosikal,tp x pernah berluamba...
    joki suke2 ade lh..
    maksimum speed penah sye tunggang 180km/h..
    tu pown jalan terus..
    lau jalan ber belok 80-90 km/h jew..

    ReplyDelete
  2. salam bro...
    bile lagi nak buat pemilihan org baru
    rase 2 lau ada leh la try
    da lame nak try jd riders nie

    ReplyDelete