jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, December 1, 2010

Fazli semakin rasai tekanan


AHMAD FAZLI

AHMAD Fazli Sham kini semakin merasai tekanan untuk memburu gelaran juara keseluruhan kelas CP130 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas yang akan menutup tirainya di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hujung minggu ini.
Misi hanya satu pada saingan penutup tirai itu iaitu untuk muncul juara bagi membolehkkannya bergelar raja kelas CP130.
Hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin impiannya membawa pulang gelaran juara keseluruhan bagi musim 2010.
Saingan bagi merebut mahkota CP130 itu kini semakin sengit kerana tiga pelumba yang berada di kedudukan teratas dalam carta keseluruhan hanya dibezakan dengan dua mata.
Norizman Ismail dari pasukan SCK Honda Racing kini mengetuai kedudukan dengan 146 mata, diikuti Fazli (Shell Advance Yamaha Maju) di tempat kedua 145 mata dan Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) di tempat ketiga 144 mata.
Kemenangan terakhir buat Fazli adalah pada Pusingan 5 di Kuala Terengganu dan selepas itu, prestasinya turun mendadak tanpa sebarang kemenangan podium khsususnya pada saingan fasa kedua gara-gara masa- lah jentera.
Menyedari saingan yang bakal dihadapinya, juara kelas Expert dua musim berturut-turut (2007 dan 2008) itu berharap dapat mencapai keputusan cemerlang pada aksi penutup tirai di Pulau Pinang hujung minggu ini.
Fazli, 27, menjelaskan: "Masalah teknikal pada jentera telah mempengaruhi prestasi saya pada siangan musim ini, sekali gus menjejaskan kedudukan saya dalam carta keseluruhan.
"Akibatnya, Norizman dan Hafizh berjaya merapatkan jurang mata dan kini kami hanya dipisahkan dengan perbezaan dua mata."
Musim ini, Fazli berjaya memenangi dua perlumbaan selain dua kemenangan podium.
Keputusan tersebut sangat mengecewakannya yang mengharapkan prestasi konsisten sehingga ke penghujung musim.
"Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa saya amat kecewa kerana gagal mengutip lebih banyak mata untuk mengekal- kan kedudukan sebagai pendahulu.
"Kini Norizman dan Hafizh turut berpeluang untuk bergelar juara dan kami mempunyai sasaran yang sama pada saingan di Pulau Pinang kelak.
"Mengenai saingan di Pulau Pinang, saya mempunyai harapan 50-50 untuk memenangi perlumbaan.
"Apa yang penting, jentera saya mesti berada pada tahap terbaik dan mampu memberi saingan kerana litar di Padang Kota Lama memerlukan aspek kelajuan.
"Selain itu, saya perlu mengatur strategi bersama Elly Idzlianizar Ilias dan Abdul Muhaimin Roslan dengan harapan mereka boleh membantu saya menghalang pencabar saya di Pulau Pinang nanti."
Menurut Fazli, dia tidak boleh memandang rendah keupayaan Norizman dan Hafizh yang telah membuktikan banyak peningkatan kebelakangan ini.
"Selain itu, saya juga mengharapankan nasib menyebelahi saya," kata Fazli yang muncul di tempat kedua di litar yang sama dalam kelas Expert musim lalu.

No comments:

Post a Comment