jokisenja header

jokisenja header


Saturday, December 11, 2010

Tengku Amirul cemerlang di gelanggang sendiri

TENGKU Amirul Haffiruddin menggunakan sepenuhnya kesempatan berlumba di gelanggang sendiri apabila mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakan kejuaraan Piala Yamaha Asean di Stadium Hang Jebat, Melaka, semalam.
Dia mencatat masa sepusingan terpantas 57.620 saat untuk meninggalkan pencabar terdekatnya M Zaki dari Team Indonesia (57.729s) dan Kannasoot Sithisena dari Team Thailand (57.748s).

Tengku Amirul yang berusia 14 tahun bagaimanapun agak terkejut apabila mendapati dirinya berada di puncak carta bagi kedua-dua sesi latihan dan sesi kelayakan.
“Saya berasa tidak begitu pantas hari ini dan saya menjangkakan untuk melihat beberapa pelumba lain mengungguli carta. Bagaimanapun, saya memang terkejut apabila mendominasi semua tiga sesi,” katanya.

Ditanya mengenai pencapaiannya semalam, juara baru kategori Cabaran Yamaha 135LC pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini berkata: “Sudah tentu saya gembira dengan keputusan hari ini dan semua pelumba termasuk Mohd Adib Rosley, Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Ramdan Mohd Rosli, Mohd Rozaliman Zakaria dan saya perlu bekerja keras untuk memastikan kami bertindak cemerlang di litar sendiri.

“Ketika ini, saya di bawah berat sebenar dan kami perlu menambah 5 kilogram lagi ke atas jentera saya. Dengan berat tambahan, saya harap mampu untuk meneruskan rentak gemilang ini kerana saya mahu menamatkan perlumbaan di podium.” Rakan sepasukan Tengku Amirul, Adib muncul keempat terpantas dengan masa 57.857s manakala Azhar di tangga keenam (58.043s), diikuti Ramdan (58.248s) dan Rozaliman (58.281s).

No comments:

Post a Comment