Berikutan sebuah musim padat dengan cabaran, Idemitsu Honda Racing hanya boleh berharap usaha keras mereka akan membuahkan hasil pada Pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pengurus Pasukan, Rodney Peh menganggap perlumbaan yang bakal berlangsung di sekitar kawasan Padang Kota Lama itu tidak menjanjikan apa-apa kelebihan buat pasukannya walaupun itu merupakan gelanggang sendiri.
Sebaliknya, Rodney berharap sokongan moral dari penyokong tempatan, ahli keluarga serta rakan-rakan akan menyuntik semangat bersaing di kalangan ahli pasukannya sekaligus membolehkan mereka memberikan persembahan terbaik sebelum musim ini melabuhkan tirainya.
Selepas Pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu, Muhd Emir Firdaus Hasan dan Ahmad Fazrul Sham yang berentap di dalam kelas CP130 berdiri di tangga ke-10 dengan 47 mata manakala Fazrul Sham berdiri di tangga ke- 13 dengan 25 points.
Sementara itu, di dalam kategori CP115, Nor Hisham Amran dan Mohd Habibullah Mohd Salleh berada di tempat ke-27 dan ke-29 masing-masing.
Rodney memberikan komen, "Pada pendapat saya, kami tidak mempunyai apa-apa kelebihan beraksi di Pinang walaupun ini adalah gelanggang sendiri kerana pencabar telah membuktikan mereka lebih pantas dari aspek jentera. Tambahan pula, saya rasakan tiada siapa mempunyai pengalaman lebih beraksi di Litar Padang Kota Lama kerana ini baru merupakan kali kedua ia digunakan," ujar Rodney.
Rodney turut menambah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi pasukannya, "Pada waktu ini, keberkesanan jentera menjadi isu utama. Pelarasan yang kami gunakan tidak cukup mantap bagi menampung berat badan pelumba dan hasilnya, kami kurang kompetitif pada perlumbaan. Walau bagaimanapun, saya pasti saingan akan datang lebih baik kerana mekanik pasukan telah menemui pelarasan yang lebih baik."
Dengan itu, Rodney berharap pelumba-pelumbanya akan dapat mengekalkan rentak dengan kelompok hadapan, "Bedasarkan carta keseluruhan ini, memang jelas mustahil untuk kami menghabiskan saingan di atas podium memandangkan pencabar kami lebih konsisten dan pantas. Tetapi, saya yakin mereka (Emir, Fazrul, Hisham dan Habibullah) boleh menghabiskan perlumbaan di kalangan kelompok hadapan dengan pelarasan baru serta sorakan penyokong."
Selain Idemitsu Honda racing, pasukan lain dari Pulau Pinang termasuklah Boon Siew Honda HMC, Aap HMC Racing. Ini merupakan musim pertama mereka beraksi di sini oleh itu target mereka di Penang minggu hadapan adalah untuk mencari kedudukan tempat kedua.
No comments:
Post a Comment