Selepas sembilan pusingan berlalu, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kini bakal melabuhkan tirainya dengan Pusingan akhir di Litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Ini merupakan kali kedua Pulau Pinang menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Cub Prix. Tahun lepas menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan juga pelancong asing memeriahkan venue yang baru sahaja diperkenalkan itu.
Walau bagaimanapun, saingan final tahun ini dijangka lebih sengit dari tahun sebelumnya ekoran makhota juara kelas CP130 dan CP115 masih belum dimiliki mana-mana pelumba. Tambahan pula, jarak mata bagi mereka di dalam perebutan amat rapat sekali.
Di dalam kelas CP130, tiga pelumba teratas hanya mempunyai jarak satu mata masing-masing. Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) kini menguasai carta keseluruhan dengan 146 mata. Tempat kedua muncul Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata dan rookie, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.
Walaupun peluang untuk Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) merampas gelaran juara agak tipis, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil sama sekali kerana dia kini berada di tempat keempat dengan 127 mata, hanya 19 mata kurang dari pendahulu.
Di dalam kelas CP115 pula, Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) yang gagal menobatkan dirinya selaku Juara CP115 musim 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) hujung minggu lalu dijangka akan menebus kekecewaannya di Penang minggu hadapan. Pelumba berusia 14 tahun ini mendominasi carta keseluruhan CP115 dengan catatan 162 mata, 22 mata lebih dari pesaing terdekat Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) yang mempunyai 140 mata.
Sementara itu, rakan sepasukan Rozaiman, Mohd Adli Salihin berkongsi kedudukan ketiga dengan Muhd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) dengan 118 mata.
PUSINGAN 10:LITAR PADANG KOTA LAMA, PENANG
(4-5 December 2010)
kepada semua rider-rider sekalian..semoga berjaya di perlumbaan terakhir tahun 2010..jokisenja harap semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang..lakukan yang terbaik utk diri anda dan team..Padang Kota Lama menunggu ketibaan anda semua..selamat maju jaya..
ReplyDelete