jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, November 9, 2010

AKSI PELUMBA, PROMOSI HEBAT DI SEPANG



Selepas lapan pusingan berlangsung, cabaran siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  yang merentasi seluruh Semenanjung Malaysia, kini memasuki pusingan kedua terakhir dengan perlumbaan seterusnya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 20 hingga 21 November ini.

Di trek Sepang Selatan, pentas perlumbaan bagi Pusingan 9 pasti menghadirkan pertarungan sengit dengan lakaran trek yang mengutamakan kepantasan jentera banding dengan cabaran terdahulu seperti di Kuala Terengganu (Pusingan 5), Teluk Intan (Pusingan 6), Melaka (Pusingan 7) dan Pekan (Pusingan 8) yang kesemuanya menghadirkan saingan di atas litar berteknikal.

Tambah menarik, perebutan bagi gelaran kelas Wira, CP115 dan CP130 masih lagi terbuka buat pelumba dan keputusan yang bakal dicapai di Sepang akan menjadi titik penentuan gelaran itu milik siapa. Atas itu, peminat sukan bermotor bakal disajikan pertarungan cukup sengit dan juga persembahan berkelas A dari para pelumba yang masing-masing mahu menakluki gelaran utama musim ini.

Selain dari aksi dan keterujaan yang dipamerkan para pelumba, khemah promosi yang disediakan sepanjang Kejuaraan Cub Prix berlangsung cukup sesuai untuk semua golongan dan bukan sekadar bagi tumpuan buat peminat sukan bermotor sahaja. Di sini, peminat yang hadir, bakal disajikan pelbagai aktiviti dari kuiz, peraduan, permainan untuk kanak-kanak, sesi pandu uji, karaoke dan peluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Pengelola bagi Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg yang juga Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd memberitahu, "Saya ingin menyarankan bukan sahaja kepada peminat sukan bermotor namun bagi semua individu agar hadir ke Sepang bagi menyaksikan siri kejuaraan ini. Sesuatu yang cukup menarik di Sepang ini ialah semua pencabar (pelumba) masih belum pasti mengenai nasib mereka (gelaran juara) dan kedudukan mata di antara pelumba juga cukup rapat. Selain aksi perlumbaan, khemah promosi juga turut menawarkan aktiviti hujung minggu yang hebat buat pengunjung di Sepang ini," ujar Ron.

 
"Peminat-peminat harus mengunjungi kawasan promosi. Di sana terdapat pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh PETRONAS, Honda, Suzuki, Yamaha, Racing Boy, Faito, Uma Racing, MotodotMania, X-Dot, Maxxis, SSS, Excel Racing, Kappa, Samurai, Alla Fonte dan juga Harian Metro untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pengunjung yang hadir di Litar Sepang pasti tertawan dengan pelbagai barangan cenderhati yang disediakan di kawasan promosi dengan tawaran harga yang cukup menarik. Tiket hanya berharga RM20 dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma," tambah Ron.

Setiap tiket bernilai RM 20 dan ianya boleh juga dibeli di pintu masuk Litar Sepang pada hari perlumbaan. Setiap pembelian akan menerima baucher PETRONAS bernilai RM10 dan 1000 pengunjung awal akan menerima topi Kejuaraan Cub Prix secara percuma.

Maju Motor
No.9, Jalan Cetak 16/3, 
Seksyen 16, 
40000 Shah Alam, Selangor.
03-5510 8036

YY Pang Racing Sport
No.6, Jalan Jimat 25/87, 
Taman Sri Muda,
 40400 Shah Alam , Selangor.
03-5121 5821

SCK Motor
No.24, Jalan Pedoman 25/88, 
Taman Sri Muda, 
40000 Shah Alam, Selangor.
03-5122 6309

Ah Hong Motor
No.666 & 668, Jalan Sentul, 
51000 Kuala Lumpur.
03-4041 7576

Shahrol Yuzy Motor 
G12, Jalan Putra Perdana 1/3, 
Taman Putra Perdana, 
47100 Puchong, Selangor.
03-8318 6062

Raceline Motorcycle 
No.5, Jalan Petaling Utama 1,
 Batu 7, Jalan Klang Lama, 
46000 Petaling Jaya, Selangor.
03-77852400

Liberty Motor
No.14443, Taman Pak Siong, 
Batu 7 1/2, Jalan Puchong, 
47100 Puchong, Selangor.
03-8070 2227

Artree Motor
No.1, Jalan Medan 8, 
Taman Medan Baru, 
Off Old Klang Road, 
46000 Petaling Jaya, Selangor.
012-671 9522

No comments:

Post a Comment