jokisenja header

jokisenja header


Wednesday, November 10, 2010

Modenas FortyOne mahu naik podium di Sepang


Pelumba pasukan Modenas, Mohd. Syawalludin memburu kedudukan podium pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia pusingan seterusnya di Litar Sepang Selatan, minggu depan.
SEPANG - Masih segar dengan kejayaan di Pekan bulan lalu, pasukan Modenas FortyOne mahu meneruskan rentak kemenangan pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) pada 20 dan 21 November ini.

Lantaran itu, pengurus pasukan, Nor Azlan Amran berkata, pelumba pasukan itu, Mohd. Syawalludin Md Zaki dan mekanik perlu mengatasi kesukaran di Sepang, kerana litar yang berselekoh sepanjang 2.6 kilometer di Sepang, memerlukan perubahan besar pada enjin.

Dia menjelaskan, selain memberi fokus kepada kepantasan, mekanik perlu bekerja keras untuk memastikan Modenas mampu bertahan dalam perlumbaan cuaca panas.

''Perlumbaan berikutnya sangat sukar, kerana kami perlu melakukan perubahan besar disebabkan keadaan litar yang amat berbeza.

"Kami tiada masalah untuk mengubahsuai enjin, oleh itu pasukan mekanik akan cuba sebaik mungkin memastikan jentera kami pantas, supaya Syawal mampu mencabar kedudukan podium.

"Syawal telah melaksanakan tugasnya dengan baik dan ini dibuktikan di Pekan bulan lalu.

"Bagaimanapun saingan di Sepang amat berbeza.

"Oleh itu, saya mahu Syawal menghabiskan masanya untuk mengkaji trek dan keupayaan motosikal supaya pasukan mekanik mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah enjin.

"Saya percaya jika kami bekerja keras, satu lagi kemenangan mampu disambar oleh pasukan kami,'' kata Azlan.

Mengenai sasaran musim ini, Azlan menambah:"Saya berpendapat agak sukar buat kami menyambar kejuaraan kategori Wira walaupun masih ada 50 mata untuk direbut, kerana Md. 
Adib Rosley dan Md. Azhar Abd. Jalil cukup konsisten.

"Namun, itu tidak bermakna kami akan berhenti berusaha mengejar sasaran tersebut. Tempat 
ketiga teratas dilihat masih realistik, '' katanya.

Adib dari pasukan Motul Yamaha YY Pang masih menjadi pendahulu kategori Wira dengan 141 mata diikuti rakan sepasukannya, Azhar, 133 mata sementara Syawal memungut 105 mata.

No comments:

Post a Comment