Penunggang SIC-AirAsia, Mohd Zulfahmi Khairuddin (Kanan) bersama rakan sepasukan Sturla Fagerhaug
Selepas melakar sejarah tampil pertama kali di dalam GP Motor Dunia, penunggang SIC-AirAsia Mohd Zulfahmi Khairuddin bakal memberi tumpuan bagi menghadapi perlumbaan pada musim 2011, demikian ujar Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Penunggang berusia 18 tahun tersebut berada di kedudukan ke-24 senarai keseluruhan pelumba 125cc selepas tamat perlumbaan hujung minggu lalu di Valencia.
"Dia beraksi dengan baik musim ini apabila berjaya mengumpul empat mata sepanjang musim ini.
"Ia suatu yang membanggakan jika mahu dijadikan ukuran," kata Razlan.
Kesungguhan Fahmi menjadi pujian terutamanya apabila berjaya mengutip mata di kejayaan GP Catalunya, GP German, GP Republik Czech dan di GP Portugal.
Razlan turut menyatakan penyertaan Fahmi serta penubuhan pasukan Air Asia-SIC berjaya menarik perhatian peminat sukan permotoran dan ini terbukti dengan peningkatan penonton pada perlumbaan musim ini di Litar Antarabangsa Sepang Oktober lalu.
Di samping itu, Razlan juga memberitahu segala perancangan dan jadual untuk musim 2011 sedang dilakukan serta meletak sasaran untuk meraih banyak mata pada tahun depan
No comments:
Post a Comment