Amirul Hafiq Md Azmi dalam persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup tahun depan.
KUALA LUMPUR,Biarpun bergelut melakukan persediaan menghadapi saingan Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup tahun depan, pelumba muda negara, Amirul Hafiq Md Azmi tetap optimis dan mahu memberi persembahan terbaik pada pusingan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pelumba berusia 14 tahun itu antara pelumba muda dari serata dunia yang terpilih untuk cabaran Redbull Rookies setelah memperagakan aksi terbaik pada sesi pemilihan yang diadakan di Litar Monteblanco, Sevilla, Sepanyol September lepas.
Atas itu, dia meletakkan pusingan terakhir di Pulau Pinang selaku gelanggang pemanas badan sebelum berangkat ke New Zealand bagi menyesuaikan diri dengan jentera GP125.
Sekalipun, jentera dan litar yang bakal digunakan amat jauh berbeza berbanding cabaran Cub Prix, Hafiq menyifatkan elemen asas sukan permotoran masih sama. Oleh itu, dia berharap pengalaman yang diraih di arena Cub Prix sepanjang tahun ini, mampu membantunya berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapinya di Eropah tahun depan.
Ketika ini, Hafiq yang mewakili pasukan MOS Yamaha Racing berada di tangga ke-7 kedudukan keseluruhan Kelas Wira dengan 53 mata sementara juara 2010, Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) menerajui saingan dengan 166 mata.
Ditempat kedua muncul rakan sepasukan Adib, Mohd Azhar Abd Jalil di dengan 133 mata sementara Muhd. Syawalludin Mohd Zaki (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata.
“Saya tidak sabar untuk berlumba di Penang bulan hadapan. Bagi saya, ia satu latihan yang baik sebelum saya menumpukan perhatian penuh pada jentera GP125. Sekalipun dari segi jentera ia jelas jauh berbeza namun saya percaya faktor penting seperti stamina, skil dan strategi perlumbaan masih sama.” Jelas Hafiq yang menamatkan perlumbaan di atas podium di Kluang (Pusingan 2) dan Sepang (Pusingan 4).
Hafiq turut menambah, “Cub Prix memberikan saya banyak pendedahan kepada sukan pemotoran. Di sini saya banyak mempelajari mengenai kesilapan saya sebagai pelumba.
“Tetapi kebelakangan ini, prestasi saya kurang memberangsangkan. Walaupun begitu, saya tiada niat untuk berputus asa kerana Cub Prix merupakan tempat yang paling ideal untuk saya memajukan diri. Oleh itu, saya akan cuba untuk kumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh pada pusingan terakhir di Penang minggu hadapan sebelum beralih ke Kejuaraan Redbull MotoGP Rookies Cup,” ujar Hafiq.
Bercakap mengenai sasarannya pada perlumbaan minggu hadapan, Hafiq berkata, “Jika boleh, saya mahu menang pada pusingan ini. Saya pernah beraksi di sana (Pulau Pinang) musim lepas namun hampa ekoran masalah teknikal saya gagal meneruskan perjuangan ke sesi kelayakan dan perlumbaan akhir. Saya harap, nasib menyebelahi saya musim ini,” ulas Hafiq.

No comments:
Post a Comment