jokisenja header

jokisenja header


Friday, November 26, 2010

Emir harung cabaran


SELEPAS mengharungi musim penuh cabaran, pasukan Idemitsu Honda Racing berharap usaha keras mereka membuahkan hasil pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Pengurus pasukan, Rodney Peh menganggap perlumbaan di sekitar kawasan Padang Kota Lama itu tidak menjanjikan apa-apa kelebihan buat pasukannya walaupun ia adalah gelanggang sendiri.

Sebaliknya, Rodney berharap sokongan moral penyokong tempatan, ahli keluarga serta rakan menyuntik semangat bersaing di kalangan ahli pasukannya sekali gus membolehkan mereka memberikan persembahan terbaik.
Selepas Pusingan 9 di Litar Sepang Selatan minggu lalu, Muhd Emir Firdaus Hasan dan Ahmad Fazrul Sham yang berentap dalam kelas CP130 berada di tempat ke-10 dengan 47 mata manakala Fazrul Sham di tempat ke-13 dengan 25 mata.

Sementara itu, dalam kategori CP115, Nor Hisham Amran dan Mohd Habibullah Mohd Salleh berada di tempat ke-27 dan ke-29.

“Pada pendapat saya, kami tidak memiliki kelebihan beraksi di Pulau Pinang walaupun ia adalah gelanggang sendiri kerana pencabar membuktikan mereka memiliki jentera lebih pantas. Tambahan pula, saya rasa tiada siapa mempunyai pengalaman lebih beraksi di Litar Padang Kota Lama kerana ini kali kedua digunakan untuk kejohanan,” ujar Rodney.

Rodney turut membayangkan keberkesanan jentera isu utama menentukan pemenang.

“Pelarasan kami gunakan tidak cukup mantap bagi menampung berat badan pelumba dan hasilnya kami kurang kompetitif. Bagaimanapun, saya pasti saingan akan datang lebih baik kerana mekanik menemui pelarasan lebih baik.” Dengan itu, Rodney berharap anak buahnya mengekalkan rentak di kelompok hadapan.
“Mustahil kami mengakhiri saingan di atas podium memandangkan pencabar kami lebih konsisten dan pantas. Tetapi, saya yakin Emir, Faz rul, Hisham dan Habibullah mampu menamatkan perlumbaan di kalangan kelompok hadapan dengan pelarasan baru serta sokongan penyokong,” katanya lagi.

Selain Idemitsu Honda racing, Pulau Pinang turut diwakili Boon Siew Honda HMC dan Aap HMC Racing. Ini adalah musim pertama mereka beraksi di sini oleh itu sasaran mereka minggu hadapan adalah muncul naib juara perlumbaan.

No comments:

Post a Comment