jokisenja header

jokisenja header


Sunday, March 20, 2011

Stoner, Pedrosa bermula dipetak hadapan



Penunggang Australia, Casey Stoner (kiri) sedang mengambil angin di pits semasa ujian pra musim kedua MotoGP di Litar Antarabngsa Sepang.

QATAR- Kedua-dua penunggang Repsol Honda racing Casey Stoner dan Dani Pedrosa berjaya mencatat  masa terpantas untuk bermula di petak hadapan pada Grand Prix Qatar yang akan berlangsung pada  sebelah malam nanti.
Stoner mencatat masa terpantas 1 minit 54.137 saat untuk bermula dipetak pertama, manakala Pedrosa  pula mencatat 1m 54.342s untuk bermula dipetak kedua.
"Ia satu lagi hari yang baik buat kami kerana segala perancangan dan persediaan jentera berjalan  dengan lancar tanpa sebarang masalah," kata Stoner.
Namun Pedrosa dilihat lebih bersikap berhati-hati dan rakan sepasukannya tidak hilang tumpuan serta  sentiasa berwaspada dengan penyandang juara Jorge Lorenzo yang menjadi ancaman utama musim ini.
"Stoner sangat pantas tapi Lorenzo juga mula mendapat rentak perlumbaan dan tunggangan. Dia semakin  pantas dan kami perlu elak melakukan sebarang kesilapan pada perlumbaan malam nanti," ujar Pedrosa.
Perlumbaan di litar Losail nanti merupakan pembukaan kepada saingan MotoGP musim 2011 dan akan  berlangsung pada sesi malam.

No comments:

Post a Comment