Thursday, March 24, 2011
CABARAN HONDA WAVE JUNIOR
Tahun 2011 menyaksikan buat kali kelima berturut-turut, Boon Siew Honda Sdn Bhd mengadakan perlumbaan satu pengeluar, Honda di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan kali ini ia dikenali sebagai Cabaran Honda Wave Junior.
Cabaran Honda Wave Junior terbuka kepada pelumba-pelumba muda yang mengimpikan aksi profesional mengikut jejak langkah pelumba MotoGP seperti Valentino Rossi, Jorge Lorenzo ataupun seperti kejayaan pelumba tempatan, Muhd Zulfahmi Khairuddin.
Selain itu, ia juga merupakan antara landasan terbaik bagi pendatang baru untuk menceburkan diri dengan sukan pemotoran. Bukan hanya kerana mereka dapat berlumba di pentas yang adil dimana jentera yang digunakan adalah sama malah kos perlumbaan adalah amat minimal memandangkan kesemua penyelenggaraan jentera dilakukan oleh pihak Honda.
Oleh itu, semenjak pendaftaran dibukakan kepada remaja yang berminat pada penghujung tahun lalu, sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Seramai 122 remaja telah mendaftarkan diri tetapi hanya 20 tempat disediakan.
Pemilihan Pusingan Pertama
Seramai 30 pelumba dipilih untuk mengikuti ujian pemilihan di Litar Go-Kart Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 12 dan 13 Februari lalu. Pengurus Honda Racing Team, Rodney Peh Chee Chai mengetuai sesi pemilihan bersama-sama Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Soong Chee Kieong dan Chong Kok Ming yang turut memberi tunjuk ajar kepada pelumba-pelumba sepanjang dua hari sesi pemilihan diadakan.
Kesemua pelumba yang dipilih perlu mengikuti sesi pembelajaran mengenai pengetahuan asas perlumbaan terhadap undang-undang dan peraturan perlumbaan, ujian kecergasan dan teknik perlumbaan. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan turut menjalani sesi ujian di trek sepanjang dua hari tersebut.
Hanya 20 pelumba disenarai pendek untuk Cabaran Honda Wave Junior 2011 berdasarkan kepada persembahan, kemahiran tunggangan dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang dua hari sesi berlangsung.
Sesi Latihan
30 daripada 20 pelumba telah dipilih dan untuk persediaan musin 2011, mereka telah menjalani program latihan intensif yang diadakan pada 26 dan 27 Februari di litar yang sama.
Kali ini, mereka diberi penekanan terhadap kedua-dua aspek iaitu teori dan juga praktikal mengenai perlumbaan. Mereka diajar tentang pertukaran gear, braking, mengambil selekoh dan corak tunggangan. Di samping itu, mereka turut mendapat bimbingan daripada mentor mereka seperti Shahrol Yuzy, Mohd Emir Firdaus Hasan dan juga Zulhelmi Ahmad. Mentor-mentor ini akan membuat penilaian tentang gaya tunggangan dan memberi maklum balas terhadap aspek-aspek yang perlu ditingkatkan lagi.
APA KATA MEREKA
Secara keseluruhannya, semuanya berjalan lancar dan kami semua begitu berpuas hati dengan kemampuan yang ditunjukkan pelumba-pelumba. Malangnya, hanya 20 tempat yang ada dan saya harap kepada semua yang terpilih agar menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan tidak mengambil mudah mengenainya. Sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih manakala kepada yang gagal, jangan berputus asa dan mencuba sekali lagi di tahun akan datang.
Pengurus pasukan Honda Racing
Rodney Peh
Selepas menjalankan sesi latihan bersama sekumpulan pelumba ini, saya percaya mereka ini mempunyai bakat dan saya sendiri melihat potensi yang ada pada mereka. Apa yang mereka perlukan adalah bimgingan, pengalaman dan juga sentiasa berdisiplin dalam setiap aspek berkaitan dengan karier perlumbaan mereka.
Pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing
Shahrol Yuzy Ahmad Zaini
BARISAN PELUMBA 2011
1.Mohd Azrul Alif Mohd Yusof (15 tahun)
2.Mohd Iqbal Amri Abd Malik (15 tahun)
3.Mohd Amir Syafiq Abd Rahman (16 tahun)
4.Hamizan Noordin (16 tahun)
5.Mohd Firdaus Zainol (14 tahun)
6.Mohd Fairuz Nasir (14 tahun)
7.Muhd Azim Mohd Rosli (15 tahun)
8.Muhammad Yasir Solahhuddin (16 tahun)
9.Suhaizarul Suhaizat (14 tahun)
10.Mohd Afiki Sufaat (13 tahun)
11.Muhd Amim Abu Osman (14 tahun)
12.Mohd Amirul Affandy Abdullah (15 tahun)
13.Mohd Arif Abd Rahman (16 tahun)
14.Muhd Azfar Azim Omar (15 tahun)
15.Muhd Fitri Mohd Sukor (14 tahun)
16.Mohd Amirul Ashraf Abdullah (15 tahun)
17.Mohd Rabilfirli Azmin (15 tahun)
18.Mohd Zaquan Mohd Anuar Hisham (16 tahun)
19.Mohd Amirul Iqbal Muhd Rafidon (15 tahun)
20.Muhd Zulfakri Rosli (15 tahun)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment