SEPANYOL - Juara dunia perlumbaan MotoGP, Jorge Lorenzo merangkul Anugerah Don Felipe de Borbon selaku atlet terbaik Sepanyol 2010 kelmarin.
Manakala juara dunia 125cc, Marc Marquez dinobatkan selaku atlet bawah 18 tahun terbaik pada Majlis Anugerah Sukan Kebangsaan Sepanyol yang dihadiri keluarga diraja Sepanyol di El Pardo itu.
Lorenzo merupakan salah seorang daripada pemenang pada majlis Anugerah Sukan Kebangsaan Sepanyol 2010 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sepanyol itu.
Turut hadir adalah Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos dan Setiausaha Sukan Negara, Jaime Lissavetsky.
Dalam ucapan kepada pemenang, Raja Juan Carlos berkata: "Sukan Sepanyol kini merupakan projek antarabangsa yang di luar jangkaan kami.
"Saya mahu menonjolkan kejayaan ahli sukan yang membantu negara kita, sekali gus menjadi wakil dalam satu skala yang besar.
"Perwatakan mereka dan kerja keras sangat hebat dan ia perlu menjadi contoh kepada semua. Tahun 2010 merupakan tahun paling cemerlang dalam sejarah sukan Sepanyol.
"Semangat para atlet kami adalah yang terbaik dan keja- yaan mereka patut dijadikan contoh. Kami perlu meneruskan kerja keras seperti ini," katanya.
Selain Lorenzo, turut menerima anugerah adalah pemain bola sepak Barcelona, Xavi Hernández; penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas dan juru- latih skuad bola sepak kebangsaan, Vicente del Bosque..
No comments:
Post a Comment