KEGHAIRAHAN 18 pelumba memburu kejuaraan sulung CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 semakin membara apabila pusingan pertama membuka tirainya hari ini di Stadium Utama Kangar.
Namun, perlumbaan kali ini yang tidak disertai juara tahun lalu, Hafizh Syahrin Abdullah kerana beralih ke saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Lumba Motosikal Asia Petronas (ARRC).
Bagaimanapun, tumpuan pasti terarah pelumba termuda, Mohd Ramdan Mohd Rosli, 15, dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing yang bergandingan dengan Mohd Zamri Baba bagi kategori CP130.
Pada masa sama, gandingan adik-beradik Ahmad Fazli Shamdan dan Ahmad Fazrul Sham yang menyertai pasukan baru Pennzoil Fastrac Racing juga tidak boleh dinafikan kehebatan mereka.
Penunggang berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin, 32, beralih dari pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Racing kepada Yamaha Maju Motor Racing bersama Abdul Muhaimin Roslan dan Mohd Taufiq Roslan menjanjikan saingan sengit.
Begitu juga pelumba lain seperti Mohd Suhadi Ali Rahmat, Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing).
Musim ini bakal menyaksikan tiga pasukan baru, Global Bike Rock Oil Racing (Elly Idzliaikmal Ilias dan Mohd Farid Ahmad) RS Motobert Racing diwakili Mohd Rafie Nasir dan Saufi Motor Racing dianggotai Mohd Saufi Othman.
No comments:
Post a Comment