WALAUPUN bersaiz besar, Honda CBR250R mudah dikendalikan selain keselesaan jika menunggang untuk kali pertama.
Model terbaru keluaran daripada Boon Siew Honda Sdn Bhd itu pastinya menggembirakan peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan kerana harganya mampu milik.
Ia didatangkan dua versi iaitu Standard dan ABS, dijual pada harga RM18,799 dan RM21,799 di Semenanjung Malaysia.
CBR250R mula diperkenalkan Oktober tahun lalu di Thailand dengan rekaan dan teknologi terkini.

Jentera itu dilengkapi ABS bagi membantu penunggang me�ngawal sistem brek dan ia model motosikal 250cc pertama di dunia dilengkapi sistem itu.
Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand mempunyai transmisi enam kelajuan selain menggunakan teknologi sistem suntikan bahan bakar (PGM-FI).
CBR250R yang menggunakan enjin suntikan CS250RE dengan empat injap dan satu silinder DOHC, mampu menghamburkan kuasa maksimum 26 hp pada 8,500 rpm.
Bentuknya tampil dengan rekaan aerodinamik dengan lampu belakang yang diterapkan daripada model berkuasa tinggi lain, manakala lampu depan berbentuk ‘Y’ menampakkan imej lebih sasa.
Selain itu, meter kelajuan digital dengan rekaan canggih akan memberi maklumat lengkap kepada penunggang.
CBR250R menggunakan suspensi Pro-Link mampu menyerap hentakan dengan sempurna selain tempat duduk berasingan untuk penunggang dan pembonceng.
Ketika sesi pandu uji di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini, penulis mendapat tunjuk ajar bekas penunggang MotoGP dari Jepun, Tadayuki Okada.
Walaupun ia dijanakan dengan satu silinder, daya pecutannya mengagumkan kerana mampu memecut melebihi 150 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh singkat.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki mensasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit.

No comments:
Post a Comment